Wednesday, September 16, 2009

Syukur..hadiah Ramadhan yg paling bermakna!

Syukur Alhamdulillah..tadi aku masuk board utk pengesahan jawatan..akhirnya setelah setahun 7 bulan berkhidmat di USM, aku telah pn disahkan jawatan..cuma belum dapat official letter lagi..masa masuk board tuh, rasa terharu plak bila dengar ucapan daripada panel-panel semua..iyerla, bukan senang nak confirm dalam masa setahun lebih..kalu kena tunggu 3 tahun mmg makan masa..pape pn, bagiku kerja itu adalah satu pengorbanan..kadang2 aku rasa malu pada diriku sendirik..sebab aku rasa kerja aku bukanlah perfect sgt pn..terlalu byk kelemahan..n aku taw aku ni jenis yg agak malas, dan suka kerja ikut mood jer...kalu aku rasa aku nak buat..aku buat, kalu malas aku tangguh...selalunya hari2 mcm tu la..entahlah, kdg2 rasa diri ni masih belum layak nak confirma awal2..pape pn aku bersyukur sebab bagi aku, ini adalah hadiah Ramadhan yang paling bermakna!

Tuesday, September 15, 2009

Buka puasa (bhg 2)

Semalam set-set PPKT berbuka puasa kat Restoran Chiang Mai anjuran vendor Arif Ladda Mass..ramai jugak staf yang x berminat nak pergi sbb cam xde standard bukak puasa kat Restoran Chiang Mai tuh..tapi time berbukak puasa kat situ mmg best dan sgt lawak la..dah la meja aku ni set2 technician yg paling riuh dan ntah pape..blom masuk bab 'darat' n jakun dorang lagi..tapi yg paling kelakar We la..ayat dia yg paling tak boleh belah 'eh udang aku! udang aku!'..dahla ckp sikit punya kuat sambil tangan mencapai udang dlm pinggan..adoi sakit perut gue..mmg macam2 karenah la dorang nih..

Pastuh hari ni, Mesiniaga plak anjurkan sesi berbuka puasa..tapi kat Hotel Renaissance..huhu..hok ni ramai plak staf yang berminat nak join..maklumlah dekat hotel 5 Star..tapi tadi aku bukak puasa kat hotel Renai ni rasa cam x best je..dahla mkn bufet..tensen btol nak beratur ramai2..suasana plak tak happening..sume org jadi ala-ala baik n sopan gitu..segan la nak buat perangai x senonoh depan set2 bos dan set Mesiniaga..

Sunday, September 13, 2009

Menunggu

Dalam perjalanan hidup ni, sedar atau tidak terlalu banyak masa yang kita habiskan hanya untuk 'Menunggu'..ya, hanya untuk menunggu..contohnya,menunggu bas, teksi,menunggu giliran di kaunter bayaran, menunggu sehingga mendapat pekerjaan yg baik dan sebagainya....

Kadang2 kita menunggu perkara yang kita pun tak pasti sebenarnya...x pasti samada berbaloikah kita terus menunggu dalam kesamaran....tanpa jemu terus menunggu...dan tanpa di sedari waktu pn terus berlalu..

Teringat cerita 'Thru Calling'..salah satu episod dalam siri itu membuatkan aku tersedar tentang hakikat masa yang telah terlalu banyak aku bazirkan..dalam episod itu menceritakan tentang seorang doktor yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung...Thru mempunyai kuasa ghaib untuk berkomunikasi dengan roh doktor tersebut selepas dia mati..doktor tu meminta pertolongan dengan Thru sebab sebelum dia mati masih banyak perkara yang dia masih belum sempat selesaikan..antaranya ialah menyelesaikan perselisihan paham selama bertahun-tahun antara dia dengan anak lelaki..anak doktor ini merupakan seorang pelukis..dia menyangka bapanya,iaitu doktor tersebut tidak menyanyangi dirinya kerana dia tidak mengikut jejak langkah bapanya menjadi doktor..tapi tanpa disedari oleh si anak, doktor ini sebenarnya sangat menyayangi anak lelakinya itu dan dia telah membeli lukisan anak lelaki nya dan membina sebuah galeri mini di rumahnya bagi menempatkan kesemua lukisan tersebut tanpa pengetahuan anak lelakinya itu..

Namun doktor tersebut tidak pernah berpeluang untuk menyatakan kasih sayangnya kepada anak lelaki nya itu...anak lelakinya menyangka bahawa bapanya sangat membenci dia, sehinggakan bapanya meninggal pn dia tetap membenci bapanya...Dalam kes ini, doktor tersebut menyangka dia punya banyak masa lagi di dunia ini untuk menjernihkan dan menyatakan kasih sayangnya pada anak lelakinya itu...namun kematiannya menyebabkan dia masih mempunyai 'unfinish business' dgn anak lelakinya..

Moral dalam cerita ini ialah...kita semua menyangka bahawa kita ini mempunyai masih banyak lagi masa di muka bumi Allah SWT ini..kita mempunyai banyak perkara yang perlu dan mesti kita selesaikan tetapi kita tidak melakukannya kerana kita sangka umur kita ini masih jauh perjalanannya...kita juga tidak pernah luahkan perasaan kasih dan sayang kita terhadap org2 yg kita sayangi..walapon kita sgt sayangkan mereka..kerana apa?..KERANA KITA FIKIR KITA MASIH PUNYA BANYAK MASA LAGI!

Dan kerana ini juga aku rasa aku sudah terlalu penat menunggu...menyatakan yg sebenarnya jauh lebih mudah daripada menyembunyikannya..kita selalu rasa kita ada byk masa, sebab tu kita enggan hendak memulakan sesuatu perkara,menyatakan rasa atau perasaan hati, menyatakan sayang dan cinta..sedangkan jikalau ditakdirkan esok lusa tiba-tiba Allah SWT mengambil nyawa kita, orang-orang yg kita sayang sama sekali tidak akan tahu betapa kita sgt menyayangi mereka!




Saturday, September 12, 2009

Buka puasa

Tadi pergi berbuka puasa dgn set-set PPKT..technician belanja bukak puasa dekat Food Village..aku cuma makan stimbot dgn daging je, nasi ada jugak, tapi bukan nasik putih la..nasik goreng n nasik kerabu..dalam hujan lebat aku n Diyana n baby Diyana redah je lah..makan free beb, hujan punya pasal pn xde hal..

Esok Ahad adalah hari bekerja..arghh Sunday blues......gue dalam mood raya nih, nak balik kampung...kdg2 rasa malas sgt nak setelkan keje2 kat opis tu..pas raya ada audit plak..ermmmmm

Gue dalam mood raya...gue dah takde mood nak pikir psal kerja...skang gue dalam mood nak bikin kuih raya jer..terukkan gue?

Thursday, September 10, 2009

Penuh Pancaroba nak balik raya!

Dari semalam lagi nak update blog ni...tp takde mood..

Ermm semalam, dapat surat dari Pendaftar..aku kena attend interview untuk pengesahan jawatan pada 16 September ni..arhhh sudaaaaaah (meraung dalam hati)..tiket bas utk raya dah beli, cuti dah apply...rasa nak menangis...dan mmg dah menangis pn bila cakap telepon ngn member satu opis yg dpt intview tu jgk..set2 technician dah mula provoke...nak tolong hantar balik Pekan la, apa laa..

Akhirnya syukur Alhamdulillah, bila pergi kaunter Transnasional tiket bas utk perjalanan ke Kuantan pada pagi 17 September masih ada lagi..itu pn tinggal utk perjalanan bas pukul 8.35 pagi, dengan hanya 3 kekosongan tempat duduk...akhirnya tiket yang bernombor tempat duduk 9C telah ku beli...baru la rasa hepi sikit..

Penuh pancaroba nak balik raya..tapi aku percaya setiap yg terjadi tuh pasti ada hikmah di sebaliknya..

Opps..semalam, kerajaan umumkan boleh bantuan khas RM5OO pada staf sokongan...syukur Alhamdulillah lagi..

Tuesday, September 8, 2009

Sama seperti yang lain..

Masuk keje sepatutnya pukul 8.10 pg

Time rehat sepatutnya pukul 1 tgh - 2 ptg

Waktu balik sepatutnya pukul 4.55 ptg

Ermm..aku dapati aku dah mula berubah..dah tak menepati masa sama seperti orang lain...sebelum ini aku mmg sgt punctual (bukan memuji diri sendiri) tapi itu lah kenyataanya..selagi belum pukul 4.55 aku sama sekali tidak akan melangkah keluar daripada pintu pejabat...waktu masuk pejabat pulak..selalunya pukul 8.05 tu aku mesti dah ada depan pc..tapi sekarang ni dah berubah..sebetulnya tahun ini..mungkin sebab tahun ni, adalah tahun ke-2 aku bekerja..atau terikut-ikut dengan peel staf 'lama'..

Pagi tadi aku bangun tidor pukul 7.48 pagi..malam tadi aku tak boleh tidur..in the end aku sampai opis pukul 8.30am..so far ada jugak staf yang datang serentak dengan aku..dan ada yg lebih lewat lagi...

Time balik opis plak..terutama masa bulan Ramadhan ni..kalu boleh aku mesti nak balik cepat..aku rasa aku dah makin teruk sesangat..dalam minggu lepas je, dah 2 kali aku keluar opis awal (sebelum pukul 4.55) semata-mata nak pergi beli barang dekat pasaraya yg baru bukak depan husm tuh..sebab kalau aku keluar on time, nnti takut lewat plak sampai rumah dan x sempat nak prepare makanan utk berbuka...

Tahun lepas aku tak mcm ni..sekarang ni aku rasa perkara ni dah macam satu kebiasaan...aku dah mula terikut-ikut dgn cara orang sekeliling aku...tahun ke-2 bekerja, spirit tu macam dah hilang..ini baru tahun ke-2, macam mana agaknya bila masuk tahun ke-5 dan ke 10 nanti?

Sebetulnya manusia akan berubah.....pendirian dan nilai yang kitw pegang juga akan berubah mengikut persekitaran dan masa..masa keje tempat lama dulu, kalau aku keluar awal walau seminit dua pn boss aku komplen..dia kata keje kena cukup 8 jam..
Kerja di tempat lama, waktu makan dan sembahyang adalah dalam waktu yg sama iaitu antara jam 1-2 ptg..tapi sekarang, pukul 12 dah mkn tengahari, pukul 2 plak baru nak solat Zohor..habis waktu antara 1-2 itu digunakan untuk apa?..

Kalu di syarikat swasta, datang lewat atau balik awal dianggap sebagai perkara yang memalukan...masa kerja dekat KL dulu, kdg2 aku pn pelik tengok dorang nih...dah sah2 dah jam tu dah menunjukkan pukul 6.00 petang...semua staf bukan main khusyuk lagi buat kerja..takde sorang pn yang menunjukkan semangat untuk pulang on time kecuali aku..tu pn dorang ada juga buat2 ayat camni 'eh awalnya balik'..dah pukul 6, suka hati aku la nak balik..kalau terlepas komuter nanti bukan korang nak tolong hantarkan..kalu kat cni, pukul 4.00 pn ada yg dah balik..kdg2 pukul 2.00 pn dah hilang..

Tapi bagi aku pulak.datang awal 'YES'...balik lewat 'NO'....as long kita dah siapkan semua kerja, so takde salahnya kalau kita minta kebenaran daripada boss utk balik awal terutama kalu ada hal penting..cam aku la, pernah je mintk kebenaran bos utk balik awal sebab nak balik phg naik bas kol 2.00 atau 4.00 petang..

Kesimpulannya keje kena siap dan kena la minta kebenaran bos, dan jgn main hilang cam tu je..







Saturday, September 5, 2009

Makan apa hari ini? Bhg 2

Hari ini aku cuma masak sawi dgn daging cincang, dan ayam goreng celup tepung...dalam hati hari rasa tak bersemangat je nak berbuka puasa..mungkin sebab lauk ni biasa-biasa sahaja dan tidak membuka selera..Pastu menu seterusnya ialah air sirap..ermmm..

Entah macammana tiba-tiba rasa terdetik dalam hati 'Mastura kau kena bersyukur dengan rezeki yg Allah SWT bagi hari ni, kat luar sana ramai lagi org lain yang berbuka puasa dlm keadaan yg serba kekurangan berbanding kau'...ada ayam dan sayur pn dah cukup mewah...kalau nak makan ikan terubuk bakar atau udang galah, mmg tak mampu carik la...

Nikmatilah rezeki yang anda suap ke mulut pada hari ini..

Friday, September 4, 2009

Manusia dan kehidupan


Makan apa hari ini? Itu la persoalan yg hampir setiap hari bermain di fikiran sepanjang bulan Ramadhan ini...tak tahu kenapa, makin hari makin tak ada idea nak masak apa?...selalunya semasa berbuka puasa, aku makin sikit je dan selebihnya aku akan simpan dalam peti sejuk...mungkin sebab aku berbuka puasa sensorang kot..so bila makan pn mesti nak cepat-cepat...kadang2 sebab malas nak kemas dapur, aku terus masuk bilik..so esoknya barulah aku akan membasuh pinggan-mangkuk yang penuh dalam sinki tuh..

Semalam aku tgk cerita Silence of The Lambs dekat You Tube..cerita yang hebat dengan elemen seram yang membuatkan fikiran aku sedikit kacau.....kenapalah wujud manusia seperti Buffolo Bill dan Hannibal Lecter dalam dunia fana ni..mereka adalah contoh manusia-manusia yang berjiwa rapuh, serabut,kacau dan paling utama menakutkan....Cerita ini diilhamkan daripada kisah benar seorang pembunuh kejam bersiri iaitu Ted Bundy...membaca perjalanan hidup manusia bernama Ted Bundy ini membuatkan aku rasa hendak muntah dan jijik..bagi ku dia tidak lebih daripada syaitan bertopengkan manusia..dia melakukan pembunuhan kejam terhadap gadis2 yang diculiknya serta menyeksa mereka sehingga mati....

Dunia ini semakin menakutkan...saban hari muncul pelbagai kisah pembunuhan ngeri di serata pelusuk tempat..mengapa manusia-manusia berhati iblis ini wujud di kalangan kita?....jiwa manusia semakin rapuh...semuanya menuju ke arah materialistik semata-mata...tekanan daripada sistem kapitalis semakin menjahanamkan kehidupan kita semua..manusia zaman ini bagai hilang pedoman..tempoh hari terbaca dalam akhbar kisah seorang ayah saudara tergamak menikam anak saudaranya sehingga mati akibat berada di bawah pengaruh dadah..dan lebih menyayat hati si bapa saudara sebenarnya berdendam dengan ayah kanak2 tersebut kerana menentang perkahwinannya..sungguh tidak berperikemanusiaan lelaki ini..patut sahaja disebat sehingga mati..

Aku perhatikan pada zaman ini, manusia semakin dahsyat perilaku mereka...yang perempuan tidak segan silu lagi menjual maruah dan minum arak..kemudian mencampakkan janin di merata-rata...ya, memang ada kesilapan di sini......tapi aku pn tidak tahu kesilapan itu berpunca daripada mana..ibu-bapakah yang perlu bertanggungjawab atau kerajaan?

Kita umat Islam yang berbangsa Melayu ini sangat lemah sebenarnya......bagaikan buih-buih di lautan..sayang sungguh melihat pelajar2 sekolah yg terlibat dalam gejala maksiat, dadah dan gangterisme ini?..mahu jadi apa mereka apabila dewasa kelak..aku berpegang pada kata-kata seorang doktor yang aku temui di Hospital Pekan sewaktu aku berumur 16 tahun...dia menasihati aku dan rakan-rakan untuk belajar betul-betul..katanya, sewaktu umur masih muda ini memang kita tidak akan merasa penting untuk berjaya dalam hidup..tapi apabila kita sudah dewasa kelak, pada masa itu kita akan menyesal apabila melihat orang lain lebih berjaya daripada kita..

Merenung diriku sendiri, aku berdoa semoga hidup ini akan menjadi sebuah perjalanan yang indah..kehidupan ini terlalu singkat untuk disia-siakan..dan masa yang berlalu tidak akan kembali lagi..




Sunday, August 30, 2009

Cerita pasal menipu..

Terkilan sgt..air soya yang ku beli di bazaar ramadhan petang tadi mmg x rasa air soya langsung..rasa pelik..rasa manis semacam..seolah2 air paip yang ditaruk gula...aku cuma minum suku gelas air soya tuh..selebihnya xmampu ku telan...akhirnya aku beralih ke air Ribena berry yg jauh lebih sedap dan berkhasiat dgn vitamin C itu...akhirnya, usai berbuka puasa sebungkus air soya selamat dicurah ke lubang sinki..mmg aku rasa bersalah buang rezeki macam tuh..tp aku dah xde pilihan..sebab x mungkin aku akan minum air soya tu di hari yg lain..apatah lagi rasanya sedikit pn x seperti air soya..air apa pn aku x taw..

Kenapa peniaga kat bazaar ramadhan suka menipu ye?....langsung x fikir kan kualiti makanan yg dorang jual tuh..pentingkan keuntungan semata-mata..betullah kata org peniaga dekat bazaar ramadhan ni selalunya agak tamak (bukan semua)...tp sebab dah terkena byk kali..aku perlahan-lahan mengiyakan fakta ini...Teringat kuih ketayap dekat bazaar ramadhan Seksyen 2 Shah Alam tahun 2005..mak aii sedap yg amat..smp sekarang aku ingat kesedapannya itew..hampir setiap hari aku beli kuih ketayap dari gerai tu..huhu..pape pn tahniah kepada peniaga gerai tu yg berjaya menjual kuih ketayap yg sedap dgn harga yang berpatutan..anda adalah peniaga contoh..

Bazaar Ramadhan dekat Pekan pn x best...mahal yg amat..sebab tu aku jarang pergi..setakat ni juadah berbuka puasa yg paling okay sejak aku menetap di kelantan ni, ialah daripada kantin usm..tu pn dah xbyk lauk..x macam masa awal Ramadhan hari tu...lauk gulai tempoyak ikan patinnya mmg sedap yg amat..sebijik cam gulai ikan patin dari pahang punyer..tp hari kedua puasa tu jelah ada gulai tempoyak tu...tokei kedai tu kata ikan patin mentah skang dah mahal sejak bulan puasa ni, itu yang dia x jual dah lauk ikan patin tuh..kempunan aku

Cerita pasal menipu...tadi pn aku dah tipu org...mmg rasa bersalah..apatah lagi sekarang ni bulan Ramadhan...kdg2 rasa mcm tak patut pulak aku buat mcm tu...tp aku takde pilihan..siapa suruh dia tak faham bahasa..bukan aku guna bahasa German pn..cuma bahasa melayu yg mudah2 je..tak kan itu pn tak paham jugak..nasib dia lah...dah mmg bukan salah aku pn..kalau dia tak buat semua tu, dia tak akan ditipu..

Kadang2 aku pn xpaham manusia ni ..kenapa dia nak lebih2..melebihi batas sebagai seorang teman sekerja..dia menyusahkan aku dan diri dia sendiri...walau apa pn aku ada prinsip aku sendiri..Bagi aku kalu dah nama pn teman seopis tu, kenalah jadi profesional...bagi aku bukan soal suka atau tidak, tapi yg paling penting adalah sikap individu tu sendiri..bukan rugi pn seandainya kita menghormati privasi orang lain..

Kdg2 tgk dia cam tu timbul la jugak rasa kesian...tp sebab aku kesian kan dia la, maka aku xpernah layan dia..lebih baik dia x mengharap langsung..daripada aku memberi dia harapan kosong pastu aku tinggalkan dia camtu aje..kalu nak amik kesempatan mmg boleh sgt, seperti pompuan sebelum ni..tp mmg xde hati perut la aku, kalu aku tergamak amik kesempatan camtu..

Maka adalah lebih baik kembali kepada asal...aku dan dia adalah rakan sekerja biasa..tidak lebih daripada itu..maka tidak ada sesiapa yg akan menipu dan tertipu..



Saturday, August 29, 2009

If I could reverse time


If I could reverse time

If I could reverse time

If I could reverse time

If I could reverse time


Friday, August 28, 2009

Holiday?..ermmm

Not have much time to write a blog last week. Tired and tiring. Until now I still do not have time to go to Bazaar Ramadhan. I bought relish breaking fast at the USM canteen only. Last week I bought a dish of catfish that is very delicious. Satisfied, delicious to lick fingers.

Today I intend to cook spicy and sour fish dish. I have remove the fish from the refrigerator. I hope this dish still taste delicious as last week. Monday is the date of August 31 National Day of Malaysia to 52. Do not know why, glorious National Day this year is not felt. Tasteless. Are Malaysians have lost the spirit of patriotism?

Tomorrow August 30, I still work as usual. Many employees take leave on tomorrow. I am sure the situation in the workplace will not busy and noisy like the day before.Colleagues asked why I did not return home to for holiday? .. I really have no plans to take leave because there are tasks that I need to prepare. ermm, I will take sabbatical leave in conjunction with Hari Raya later. So what should I do on this holiday? .. Just sleep and play computer.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan yg lalu

Ramadhan 2007..Pengalaman berpuasa dekat KL paling mencabar dalam hidup..kenangan berulang-alik semasa menaiki komuter daripada Kepong Sentral ke KL Sentral mmg tak akan aku lupakan sampai bila2..berebut2 masa nak naik train semasa peak hours sgt meletihkan..kalu korang jenis yg lemah-lembut dan tak pandai nak bertolak2 alamat berbuka puasa la dekat terminal KL Sentral tuh..masa bertolak-tolak nak naik train tuh, hampir kebanyakan orang jadi selfish..dalam erti kata lain mementingkan diri sendiri..iyerla, sapa yg tak nak balik cepatkan?...nak tunggu next train, huh tak sanggup rasanya..pape pn, sehingga blog ini ditulis perkhidmatan KTM Komuter masih lagi sangat teruk..aku respect pada mereka-mereka yg masih setia menggunakan perkhidmatannya sehingga ke hari ini..pape pn KL banyak mengajar aku erti kesabaran..

Kerja di USM, tahap kesabaran aku jadi nipis..aku pn xtahu kenapa..maybe because life isn't tough compare masa ddk dekat KL dulu..masa ddk KL dulu payah dan susah camne pn,aku masih boleh bersabar...tp since kerja dekat USM, hal-hal kecil pn boleh membuatkan aku hilang sabar..sikit2 nak marah..kdg2 tension bila pikir pasal kerja..padahal kerja tu xla seteruk mana pn..kalau balik Pahang plak, aku jadi malas..sgt2 malas..mungkin sebab dalam comfort zone kot, berada dalam zon selesa..

Aku harap sempena bulan Ramadhan ni dapat la mengubah sedikit sebanyak perkara2 negatif yang ada dlm diri aku ni.bukan best pn selalu marah2 ni, cepat dapat darah tinggi je nanti..

Aku yang Membazir

Nape ye bila bulan Ramadhan kita tak dapat dipisahkan dengan perbuatan membazir?...petang tadi aku beli gulai ikan patin dekat cafe...mujur gulai ikan patin tu sedap..pastu beli buah melaka...buah melaka ni yg semalam aku beli pn sedap jugak..so arini aku beli la lagi....pastu nampak pakcik tu jual roti john..terus rasa nak beli..padahal selama ni aku bukan makan sgt pn roti john ni..sebab terliur tengok roti john tu,maka aku pun beli lah ia..

Sampai waktu berbuka puasa..yang abis licin cuma ikan patin tu je...buah melaka hanya dua bijik sahaja yang berjaya dimakan,manakala roti john hanya berjaya dimakan sebanyak secubit sahaja..membazirkan aku?..sehingga blog ini ditulis roti john tersebut selamat berada di dalam peti sejuk..entah bila nak makan pn xtahu..esok sah2 akan bernafsu-nafsi nak beli makanan lain pulak..

Salad goreng air yang first puasa tu pn masih ada lagi dalam peti...xsanggup nak abiskan la..sebab x sedap..mana ada orang buat masakan salad goreng air...isk pelik2 la aku nih..sebab tu la aku ckp resipi aku selalunya pelik2...pape pn amik sebagai pengajaran, jangan suka membazir dan buang2 rezeki dah pasni..

Tadi borak ngn sorang member nih..dia kata dia beli 1/4 ayam percik dekat pasar Ramadhan harganya RM8.00..amboi mahalnya!..baik beli seekor ayam kalu gini gayanya....so,better spent smart for very single penny you have..membeli di pasar ramadhan ada yang berbaloi dan tidak..pandai2 lah memilih..kalu tersilap pilih, harus dapat masakan yang tak berkualiti setanding dengan harganya yang mencekik ituh...kalu lebih tidak bernasib baik, silap2 terbeli makanan yg dah basi pula..pape pn, nasihat daripada aku yg x seberapa nih, kalau ada masa terluang tu lebih baik korang masak sendirik...masa puasa ganti dulu pn, mmg aku masak sendirik...tp bila tiba puasa bulan Ramadhan,kat sana-sini ada org jual makanan, automatik jadi malas nak masak..

Pape pn rindu masakan kat rumah..masa kerja dekat celcom kuantan dulu, kalau balik rumah aku cuma cuci tangan je..smp rumah kat Pekan pn hari dah maghrib...so tunggu masa nak ngap makanan je la..bila ddk kat perantauan ni serba-serbi kena buat sendiri..so whatever rivals came, i've to face on my own..





Saturday, August 22, 2009

Masak apa hari ini?

Hari ini, adalah hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa...so aku x ada buat apa-apa pn hari ni..asik melepak depan laptop je...pasni aku nak pergi masak...nak masak lauk ikan asam pedas..sedapnya...tapi xtahu la rasanya mcm mana, sbb masa bulan puasa payah sket nak merasa-rasa ni...nak beli kat bazaar Ramadhan cam malas...rasa cam x worth je..x berbaloi...selalu beli lauk kat bazaar Ramadhan selalunya mahal, pastu x best mana pn...kalu kita masak xsedap, kita puas hati...tp kalu beli kat bazaar x best,kita akan sakit hati...lagipun dah byk kali terkena..pape pn masakan rumah lah yang paling best..

Resipi aku selalunya pelik-pelik sikit, lain dari yang lain...dan selalunya lauk yg aku masak tu aku je yg ada selera nak makan...sebab tu aku serba-salah nak pelawa org makan lauk yg aku masak...nnti kena condemn...dan dah selalu sgt kena condemn pn..

Memasak ni memerlukan kreativiti...walapon kdg2 aku malas nak memasak, tp once aku dah ada kat depan kuali tuh, automatik mood tu akan datang dgn sendiriknya..bila lauk tu dah siap dimasak akan datang satu perasaan puas hati sbb akhirnya satu hidangan yg best telah berjaya dihasilkan..hihi

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi...rasa sekejap je masa berlalu..syukur sebab kita diberikan peluang olehNYA untuk berada di Ramadhan ini..Ramadhan tahun depan kita pn xpasti samada akan bertemu lagi..

Setiap kali Ramadhan tiba aku pasti teringat akan peristiwa yang berlaku pada Ramadhan 6 tahun yg lalu, iaitu tahun 2003..arwah Helmi iaitu kawan sekelas semasa belajar di UiTM telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Shah Alam..masa tu lagi 2-3 hari nak raya..arwah dijangka pulang berhari raya dengan menaiki bas pada malam tu..tapi pada petang tu motor yg arwah naiki telah terlibat dengan kemalangan langgar lari oleh sebuah bas..sampai sekarang pn aku tak tahu apa status kes ni..Semoga roh arwah Helmi sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT..benarlah orang yang baik biasanya akan pergi dulu..
Tahun ni seperti tahun-tahun yang sudah aku masih lagi berpuasa di tempat orang...kali terakhir aku berpuasa di pahang ialah pada tahun 2006..3 tahun lepas..masa tu masih kerja kontrak dengan Celcom..tahun 2007 aku puasa dekat KL, tahun 2008 n 2009 puasa dekat Kelantan..pada aku berpuasa kat mana2 pn sama aje..maybe sbb aku dah biasa kot hidup merantau ni...tapi yang wajibnya time beraya mesti kena balik pahang...aku tak boleh nak bayangkan kalau aku terpaksa beraya kat tempat lain selain daripada rumah aku kat Pekan tuh..mesti aku akan nangis bila dengar takbir raya...there's no place like home..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yg membaca coretan di sini..semoga Ramadhan kali ini akan dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya..

Saturday, August 15, 2009

Selsema Babi







Dengar nama Selesema Babi pn rasa semacam jek...sehingga blog ini ditulis dah 59 orang menjadi korban..takut sangat..dahla dekat kelantan ni face mask dah sold out...semalam aku pergi pasaraya depan hospital yg baru bukak tuh..punyala ramai manusia..aku tak pakai face mask pn, sbb dah abis...dah puas tawaf satu KB tp face mask dah kehabisan stok..nak tak nak aku redah la jgk..sbb nak beli minyak dgn beras utk stok bulan puasa nih..

Apa yang aku dapat lihat sensitiviti masyarakat terhadap virus selesema babi ni sangat kurang sebenarnya..ditambah pulak dengan tindakan pihak kerajaan yg mmg tak proaktif langsung..too slow and steady...dah byk aku dgr kes org yg pakai face mask digelak dan diperli oleh orang lain..inilah mentaliti tertutup rakyat Malaysia yg merasakan bahawa diri mereka sgt kebal daripada serangan H1N1...Kalu xnak pkai tu dorang punya pasal, tp tolonglah jangan menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri sendiri dgn menganggap orang yang memakai face mask itu sebagai alien..

Aku sekarang ni pn dah berjinak-jinak dengan memakan buah dengan lebih kerap...biasanya aku jarang sangat nak sentuh buah, sbb aku lebih suka makan nasik...tp sejak kes selesema babi ni menular di Malaysia dengan drastik sekali, aku jadi takut pulak..sbb aku ni jenis yg mudah dijangkiti selesema daripada orang lain...dah byk kali dah berlaku, aku yang tengah sihat walafiat ni menjadi mangsa jangkitan selesema dan batuk daripada orang lain menyebabkan aku mendapat jangkitan yang agak teruk selepas itu serta sangat mengambil masa untuk pulih semula..rasa seksa sangat...tekak gatal yang amat, batuk x berhenti-henti serta sakit dada..hingus dan kahak pulak berwarna kuning serta berbau..'YA ALLAH Engkau lindungilah kami semua daripada virus yang merbahaya ini'..tak sanggup aku nak menghadapinya..

Minggu depan Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan..rasa kejap je masa berlalu..rasa baru semalam je kita menyambut Hari Lebaran tahun lepas...Aku harap semoga Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan dan kebaikan..semoga dapat membasuh dan melenyapkan segala perasaan sakit hati dah marah yang terkumpul dalam dada ni..dan semoga aku akan menjadi seorang yg lebih pemaaf..hihi

Esok dah hari Ahad..kena kerja cam biasa..hari selasa dah start meeting untuk Internal Audit 2009..arggh tensen..seminggu selepas raya mungkin dah start audit..kena all-out habis-habisan la pasni..sama mcm audit yang lepas2..bila memikirkan terpaksa 'berperang' dgn technician utk audit preparation nih, huh rasa betul2 x sanggup..dah la xnak bayangkan saat2 xbest tu..

Pape pn kena banyak berdoa kepada Allah SWT semoga kita semua dijauhkan daripada virus H1N1 ni..

Saturday, August 8, 2009

Laa Tahzan

Today i feel much better than yesterday...sbb rasa stress sgt tergerak hati aku utk membaca buku 'Laa Tahzan' karya Dr. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni..sebenarnya dah lama nak baca buku ni, tp sbb bz main komputer je jadi x sempat nak sentuh pn..lepas baca aku rasa lega dan lapang..Kdg2 sebagai manusia kita mudah lupa..bila kita marah dan tension dgn org lain..tiba2 kita akan rasa benci yg amat sgt pada dia..perasaan benci yg meluap-luap tu telah menutup segala kebaikan yang dia pernah lakukan pada kita selama ni..begitu juga dengan detik2 yang menyeronokkan yg pernah kita lalui bersama dia, semuanya seakan-akan hilang begitu sahaja dek rasa sakit hati kita pada org tu..sekurangnya kita perlu mewujudkan satu ruang kemaafan dalam hati..sebab itu dalam masyarakat Melayu ada org boleh berdendam selama bertahun-tahun..sampai ke mati pn ada yg sanggup untuk tidak bertegur sapa...parang dan sabit jadi mainan bila bertengkar..ada yang lebih parah sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan org yang diorang benci...aku tak nak hidup dalam dendam dan kemarahan..aku juga tidak mahu membenci sesiapa..

Kepada 'dia' mungkin ada yang kurang dalam diriku...seandainya 'dia' ingin melangkah pergi sesungguhnya aku redha..terima kasih atas semua kebaikan dan keindahan yang dia pernah coretkan dalam hidup aku..walau apa pn keputusan dia, aku rasakan dia sudah memikirkan yang terbaik untuk hidupnya...

Yang pasti aku tetap berada di sini...dan tetap yakin segala yang aku doa dan impikan itu pasti akan menjadi kenyataan jua..

Friday, August 7, 2009

Kosong

Saat ini, saat aku sedang menaip blog ini aku rasa cam kosong sgt...i feel alone..nobody just me n myself ..sejak dari pagi tadi menyibukkan diriku dengan membuat kerja-kerja rumah..memasak,membasuh,menyapu dan mengemop lantai..layan intenet forum, main burn buddy n farmville dlm fesbook..bagi mkn kucing2 liar kat belakang rumah..pastu layan movie 'The Big Fish' sampai abis kat You Tube...ermm,but no matter how many things i'm doing today, but i'm still ALONE..huh

Bila belek2 blog atau fesbook org lain, aku boleh bayangkan mesti life dorang sume sgt heppi dan gorgeous...apatah lagi bila tgk gambar2 yang dorang letak dlm fesbok or blog dorang, menggambarkan perfect family, perfect life...ntahla, aku xde pn gambar2 yg havoc utk ditampal..nak letak gambar dlm blog ni pn xde..siannya aku..

Ermm, akhir2 ni hidup aku rasa cam kosong sgt...aku rasa cam sorang2 je...hanya kucing terbiar di belakang rumah aje yg sudi berkawan dengan ku...

Di saat org2 lain sedang menikmati kegembiraan, aku hanya mampu melihat bayang 'dia' yg berlalu pergi dari hidup aku...hanya mampu melihat dan tak mampu utk menghalang...mungkin ini adalah jalan takdir hidupku..cinta datang dan pergi..tetapi hidup tetap mesti diteruskan...

Walauapapun, aku tetap pasrah dengan ketentuanNYA...sbb apa jua yang berlaku adalah yg terbaik utkku...

Saturday, August 1, 2009

Seolah-olah kita tak pernah kenal?

Dah lama aku tak menulis kat blog ni...sekarang ni tengah hujan lebat..

Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran aku sepanjang minggu lepas, antaranya ialah:

1.Penularan wabak H1N1 yang telah meragut nyawa 5 orang di Malaysia
2.Planning utk cuti raya n tiket bas aku dah beli pn
3.Nak cuba setelkan semua keje sebelum cuti raya yang panjang itu
4.Sikap seorang hamba Allah yang berkelakuan seolah-olah dia tak kenal pun aku ini

Ntah la kadang2 aku dah bosan nak berbaik2 dgn orang..ermm tak baiknya aku pikir mcm tu..kdg2 bila aku pikir balik, arghh tak ada kawan pun tak apa daripada ada kawan tapi menyakitkan kepala hotak..

Sunday, July 12, 2009

Puisi Bahasa Nelayan


Bahasa ditutur nelayan,
saat melangkah ke laut meramal tengkujuh,
adalah bahasa burung undan,
bahasa ikan tenggiri,
bahasa angin dan ombak,
bahasa pukat dan jaring,
bahasa sotong dan ikan kering.

Bahasa mereka,
saat menyorong hasil ke pasar,
meraih dan memborong,
adalah bahasa daging dan nadi,
bahasa masin peluh,
bahasa panas darah mengalir,
bahasa menghitung memikir.

Bahasa inilah bahasa jerih jelata,
bahasa perit murbawan,
bahasa nurani sukma, bahasa nubari jiwa,
bahasa itulah menjejak cuaca,
membilang angka –
bahasa nelayan.


Faisal Tehrani

Pangkalan Chepa,
29 Jun 2009.
Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia bertarikh: 12 Julai 09

Bila baca puisi ni tetiba2 aku jadi sayu..xterjangkau rasanya suka duka hidup seorang nelayan..yang saban hari dilambung ombak demi mencari rezeki sesuap..bersyukurlah kita kerana hari ini masih memiliki sebuah pekerjaan tanpa memerlukan memerah kudrat dan keringat..

Friday, July 10, 2009

Siren ambulans..

Rumah sewa aku terletak tidak berapa jauh daripada hospital usm...bunyi siren ambulans yg membawa pesakit mmg jelas kedengaran menuju masuk ke HUSM..bunyi siren ambulans tu selalu mengejutkan aku daripada perasaan blues n moody yg amat sgt...aku dapat bayangkan mcm mana pesakit dalam ambulans tu tgh bersabung nyawa untuk hidup..sdgkan kita yg sihat walafiat dan cukup sifat n cukup makan ni selalu je rasa xtenang, xhepi, xpuas, xcukup dan 1001 perasaan negatif yang lain...kdg2 kita selalu rasa kita lah org yg mempunyai masalah yg cukup berat dlm dunia ni, tanpa kita sedari di celah-celah sudut yang lain di atas muka bumi Tuhan ini masih ramai lagi org lain yg tidak bernasib baik, yg hidupnya lebih sengsara dan merempat..

Aku selalu meyakinkan diriku untuk selalu bersyukur walau dalam apa jua situasi pn..susah atau senang..tp kdg2 selalu kalah juga dengan emosi yang bercelaru..aku mudah jadi berang dan sakit hati bila sesuatu yg aku harapkan itu tidak menjadi kenyataan..sepatutnya dalam situasi yg begini aku perlu banyak bersabar dan berfikir positif..jika tiada masalah bukanlah kehidupan namanya...

Pesakit dalam ambulans bertarung nyawa utk hidup...sdgkan kita yg segar bugar ini merasakan hidup ini sgt tidak bermakna dan menyakitkan semata-mata tidak kesampaian apa yg diimpi dan dicita-citakan..dendam,kemarahan dan perasaan sakit hati terhadap org lain hanya lah umpama barah yang akan merosakkan diri sendiri...setiap saat di muka bumi ini adalah terlalu berharga, lebih mahal daripada emas...masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi..maka nikmatilah masa yang kita ada pada hari ini dgn sebaik2nya..masa muda hanya datang sekali, apabila takdir datang menjemput kita ke sana tidak akan ada apa yg boleh kita lakukan utk mengelaknya..belajarlah bersyukurlah untuk setiap denyut nadi, setiap hembusan nafas dan setiap degupan jantung kita yang masih menjalankan tugasnya pada hari ini..

Thursday, July 9, 2009

Rindu Terhenti

Telahku Tinggalkan Memori Silam Ku Itu Tidakku Biarkan Hidupku Dibelit Pilu Walau Duka Menampan Dada Walau Sepi Mancalar Hati Rindu Ku Terhenti Ku Pinggirkan Sayu Yang Meruntuhkan Pintu Kasih Tulus Ku Biar Berlalu Ku Pinggirkan Lara Yang Berpaut Dijiwa Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia Padahnya Lama Dah Tunggu Hilang Tak Berganti Cinta Tiba Cinta Pergi Biarlah Satu Hati Walau Duka Menampan Dada Walau Sepi Mencalar Hati Rinduku Terhenti Ku Pinggirkan Sayu Yang Meruntuhkan Pintu Kasih Tulus Ku Biar Berlalu Ku Pinggirkan Lara Yang Berpaut Di Jiwa Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia Padahnya Lama Dah Tunggu Hilang Tak Berganti Cinta Tiba Cinta Pergi Biarlah Satu Ku Lupa Kanmu Jua Sedih Kau Pergi Menjauhi Ku Pinggirkan Sayu Yang Meruntuhkan Pintu Kasih Tulus Ku Biar Berlalu Ku Pinggirkan Lara Yang Berpaut Di Jiwa Kuteruskan Hidup Tanpa Dia Padahnya Lama Dah Tunggu Hilang Tak Berganti Cinta Tiba Cinta Pergi Biarlah Satu Hati Biarlah Satu Hati

Tak tahu nape suka sgt dengar lagu ni..bukan sbb aku minat Tomok pn..tp sbb lagu ni mmg touching..kalu bukan Tomok yg nyanyi pn aku tetap suka jgk..love may comes and goes..but sometimes it comes in unexpected way and make us very confuse..for example we fall into someone that totally out of our specification..in term of career,behaviour or looks..never regret because HE knows the best for us and gives what we really need..one of my friend told me, today is future so enjoy our life and do appreciate people around us although HE/SHE maybe beyond of our imaginary..

Saturday, June 27, 2009

Makan apa hari ini?


Pagi tadi mula2 makan meggi je..tp xabis dan selebihnya sedekah ke tong sampah..bila dah masuk tengahari dah start lapar semula..hari ni xmkn nasik lagi, x boleh jadi ni..kena masak nasik n lauk jugak..mahu menggelupur aku kalau x dapat nasik sehari..

Turun dapur, masak nasik..mula2 pening jugak xtahu nak masak apa..bahan mentah nak masak pn dah abis..last2 nampak ada 3 ketul ikan goreng yg dah almost 2 weeks disimpan kat dalam peti dan masih belum terusik..aku apa lagik terus potong bawang, tumis cili boh dan buat ikan masak pedas..ermm yummy, tp masin sket..aku pn tambah air dlm kuali..okay la tu,masin sket je pn, makan ngn nasik nnti okay la..

So far itu la hidangan paling lazat pada hari ini...bagi aku kdg2 makan nasik dgn lauk yg paling simple tu la yg paling sedap dan menyelerakan..nak2 mmg time tgh lapar tahap gaban..contohnya makan nasik dengan sardin,makan nasik dgn kicap n telur,makan nasik dgn serunding daging n telur,makan nasik dgn gulai asam pedas,mkn nasik dengn ikan masak merah n makan nasik dgn telur masin..

Kesedapan masakan yg simple lagi ringkas ini selalunya dpt mengalahkan lauk yg besa aku beli dekat pasar malam ke, dekat warung ke, dekat kantin ke atau masakan yg aku makan dekat hotel2..kalu beli lauk dekat restoran pn bukan sedap sgt pn, dah la mahal..buat aku sakit hati je..lebih baik masak sendirik sekurang2nya puas hati..n licin gak pinggan tu,siap tambah lagi..lagi satu makanan yang dibeli dekat luar bukan dijamin sgt kebersihannya..aku slalu sgt terjumpa rambut dlm nasik bungkus yg aku beli..kembang tekak dibuatnya...pastu kdg2 kedai yg kita pegi tu ada banyak lalat n tikus..aku yg kuat makan ni pn boleh patah selera..ada gak yg bukak warung kat tepi tong sampah..apa kes lu beb?..

Kesimpulannya aku bukan jenis yg suka sgt makan dekat kedai atau kat luar...kalu cam KFC tu aku boleh terima lagi..kalu restoran atau warung2 ni slalunya aku akan pikir 2-3 kali gak sblm nak beli bungkus atau makan kat situ..slalunya aku akan pegi ke kedai makan yg aku biasa pergi aje..skunk dah x pegi lagi, sbb semenjak aku dah pindah ke rumah sewa baru almost tiap2 hari aku masak sendirik..walopn simple tp sedap(masuk bakul angkut sendirik ke ni?)

Friday, June 26, 2009

Hari ini 26 Jun


Hari ini adalah hari membasuh sedunia..letih woo membasuh baju satu bakul penuh utk stok seminggu..dgn lenguh nya..dah la kena basuh tgn..bila la nak beli mesin basuh ni..lepas dah abis basuh sume baju dan bukan baju, rasa legaaa sgt..smp tunggu minggu depan plak kena berlenguh2 semula..




Dah abis membasuh sume aku online..mula2 rasa cam x percaya je iaitu Michael Jackson atau Jacko telah meninggal dunia..secara tiba2 je beliau telah diserang sakit jantung..aku bukak dlm forum, MJ dikhabarkan telah memeluk Islam dgn menggunakan nama Mikaeel..harap2 nye ia adalah berita yg sahih..sekurang2nya dia mati dlm Islam...pastu aku bukak Youtube, tgk ucapan abang MJ yg telah memeluk Islam..di akhir ucapan abang Jacko telah berkata 'May Allah bless him'...Al-Fatihah utk Mikaeel..ermm, rasa terharu sgt..syukur MJ telah diberi petunjuk dan hidayah di hujung hayatnya walaupun dia tidak dilahirkan sebagai seorang muslim..sebagai seorang insan yang telah dilahirkan sebagai seorang muslim aku rasa kita perlu sgt2 bersyukur dengan pemberian Allah SWT kepada kita...
Manusia2 seperti Jacko n Cat Steven telah melalui jalan yang cukup panjang hanya untuk mengenal Tuhannya iaitu Allah yg satu..pelbagai perkara yg mereka telah tempuhi sblm mendapat cahaya hidayah..jd mereka lebih menghargai nikmat Islam berbanding sesetengah org Islam sendiri..aku menasihatkan diri ku sendiri,agar jgn terpesong dlm melalui liku2 kehidupan yang terlalu mencabar ini (sgt menguji kesabaran dan perasaan sebenarnya)..semoga kita semua akan sentiasa berada di jalan yang lurus dan diredhaiNYA..Amiin..

Thursday, June 25, 2009

Terliur??..vs I can't live without NASIK

Arghh pantang tengok makanan mula la terliur..tgk technician mkn roti kosong pn boleh terliur, pdahal baru je pas baham nasik..aku dah xtaw la apa sudah jadi ngn aku ni..skang ni asik nak makan je..sejuk aircond di ofis menambahkan lagi peratus kelaparan ku..pantang org pelawa, xpnah tolak..technician pelawa apam balik pn aku rembat..kalu pompuan lain aku rasa reti jgk nak cover sket2..ni x, siap makan 2 lagi apam balik tu..padahal dorang pelawa 1 je?yg aku pegi rembat 2,apasal???diaorang mmg la xpelawa mkn byk2..kang dorang sendirik pn x cukup..
dulu2 berat x sampai 50kg pn..kalu 49kg tu dah rasa berat giler..berat skunk?..huh aku xnak citer la..sejak keje kat kelantan aku jarang sgt rasa lapar..ada je menda nak makan..masa studi dekat uitm s.alam dulu, time lunch je mesti kebulur..pastu jamah roti je..org pg cafe aku memerap je kat lab..mana xkurus time tu..makan nasik adala sekali sehari je..tapi sekarang pantang nampak org beli nasik, mesti aku pn nak beli sama..kat usm tempat makan dah la byk..harga pn boleh tahan, rasa pn okay..kalu xmkn kang rugi plak!!

Staf2 kat opis aku pagi2 dah makan nasik..jarang sgt la ada staf yg cuma makan biskut atau roti, atau xmakn langsung!..mustahil..semua jenis kaki makan..sbb tu la dorang slalu buat makan2..bak kata pepaatah 'rezeki jangan ditolak'...kalu dah org buat mkn2..belasah je la..bkn kena bayar pn..huhu

Diet?..tiada dlm kamus hidupku..i never consider about it..aku jenis yg kalu xmakan aku payah nak tido..pelikkan?..tp yg pastinya aku ni jenis yg makan nasik..i can't live without nasik..sehari sekurang2nya 2-3 kali sehari kena hadap nasik...baru rasa puas..baru idop rasa bermakna, baru hati tenang n baru ada feel nak buat keje...kalu xdpt nasik sehari jadi moyok je..jd gelisah,jd serba x kena..entah la,nape aku camni ek?alaaa..korang pn apa kurangnyerrr

Edrina @ kucing jalanan


Tetiba teringat dekat edrina..so sweet..itu la nama yg aku bagi utk seekor kucing jalanan yg merempat dekat umah sewa aku kat s.alam dulu..edrina siap tido dlm rumah lg..tp dia pandai,xkencing n membuang dalam rumah..sbb ktaorng rajin bagi dia makan, so dia x lari..bulu dia warna kelabu..masa end of the semester, masa ktaorng sibuk2 nak pack barang dlm kotak masa tu la si edrina ni sama2 sibuk nak masuk dlm kotak tu..ntah2 dia saje je nak suruh ktaorng pack dia sekali..ni mesti kes xnak kena tinggal, nak ikut pindah sekali.

Mula2 ktaorng sedih jgk nak tglkan edrina..sapa lak nk jaga dia nanti..dah la sedara mara xde, merempat lak tu..kalu comel cam kuceng parsi xpe la juga..last2 one of our housemate volunteer nak bwk edrina balik ke rumahnya..so setel la masalh tu..huhu..after 5 years, aku pn x sure samada edrina ni idop lagi x...
kat umah sewa baru ni aku plan nak bela kuceng..kat belakang umah aku tu byk gak kuceng terbiar..nak tangkap ar sekor..tp masalahnya kena cari sangkar dia dulu..aku tgk dalam mudah.my byk kuceng comel2, tp mahal giler, ada yg sampai 500-600..xmampu nak beli..better wat amal jariah dgn membela kucing jalanan je kot..lg pn kucing jalanan pn come juga..

Wednesday, June 24, 2009

Singa laut sesat ke lebuh raya


Petikan ini aku ambil ari Utusan 25 Jun 2009

PENGGUNA kenderaan di sebatang jalan raya yang sibuk di Oakland, California, baru-baru ini gempar seketika dengan kehadiran 'rakan pengguna jalan raya baru' mereka iaitu seekor singa laut.
Pegawai Peronda Lebuh Raya California, Peter Van Eckhardt berkata, pihak polis menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya pada 5.45 petang yang menyatakan terdapat seorang singa laut tersesat dan sedang merayau-rayau di tengah pembahagi jalan.
Singa laut tersebut dipercayai baru berusia kira-kira setahun.
"Kami sedang mengisi minyak apabila terdengar di radio mengenai kehadiran singa laut di lebuh raya.
"Kami ingatkan ia satu gurauan tetapi apabila kami sampai ke sana memang benar ada seekor singa laut yang menghalang lalu lintas.
"Kami lantas membuka pintu kereta dan dengan mudah ia masuk dalam kereta. Kami letaknya di kerusi belakang seperti seorang tahanan," kata pegawai polis Oakland, Naomi Johnson.
Singa laut tersebut kemudian diambil oleh kakitangan Pusat Hidupan Marin Oakland biarpun pada mulanya haiwan tersebut enggan masuk dalam trak pikap yang dihantar pusat tersebut. -Agensi

Sunday, June 21, 2009

Makan nasik lauk telur dan kicap..


Tadi balik keje aku makan nasik berlaukkan telur dan kicap...fuh mmg sedap..nak2 plak ngn kicap kipas udang yg masin tu..bagi aku la, mkn nasik dgn kicap dan telur lagi sedap dan puas daripada makan nasik dengan lauk yg aku xberapa nak ngam..habis licin sepinggan nasik..smlm aku masak ayam masak merah, tp xabis..ntahla xtaw nape, rasa cam xsedap je..ayam tu pn dah lama dlm peti..sambal tu plak makcik aku yg buat..rasa tawar semacam..aku pun rasa menyesal sbb buang2 je nasik yg xabis di makan tu..tp nak buat camne dah kat umahs sewa aku ni bukannya ada kucing dgn ayam pn, mcm dekat pekan tu..kalu dekat umah kat pekan, kalu nasik xabis campak je kat belakang umah,menderu-deru ayam dgn kucing dtg makan, so xder la rasa bersalah sgt..huhu..dpt pahala lg..

Cite pasal tempat keje..so far cam besa je la..bekerja dengan staf lelaki yg ramai aku pn xtaw la nak ckp senang ke susah..tp yg pasti dorang jenis yg xreti nak amik2 hati ni, nak terasa hati n what so ever..hari ni gaduh sok dah baik semula..bagi aku, time gurau boleh gurau, time keje kena serius...tp aku tgk dorang nye style ke,almost 24 hours nak main2 je..sgt leisure n no pressure at all..lantakla boss, student or lecturer nak bising2 pasal pc rosak ke, pasal wireless kiok ke, dorang pedulik apa...even profesor pn rely pada dorang kalu ada problem dgn pc, terutama kalu nak backup data atau pc ada virus..itu la gelagat technician dkt opis aku..kalu aku dok membebel dorang wat dek je..aku penat n letih btol la ngn dorang ni...terutama psal keje..lebih2 lagi time nak audit ISO..tensen je rasa..dulu pnah gak aku join bdk2 tu karaoke kat opis masa stay up kt opis masa wat preparation utk saat2 genting nk audit..sgt ntah apa2..lagi satu psal dorang ko beli la apa jua jenis makanan, tolak batu n kayu je confem licin, walopon ko xpnah pelawa dorang...tp okay la jenis cam tu, sbb aku jenis akan kecik hati kot kalu aku bawak makanan tp xde sapa nak makan..kalu boleh makan la byk2 pastu jgn lupa buat2 puji sedap..hihi

Sunday, June 14, 2009

Cam gini la..

Tadi aku balik keje awal sket dari besa..tumpang Kak Ma sampai Bilal...pastu beli barang sket n terus balik rumah..arini Burger Ayam Ramly ada less kat Bilal..tu yg aku bersemangat nak pegi..

Hopefully bila dah pindah rumah sewa baru ni akan lagi bersemangat nak buat keje kot..hihi..apa yg menarik dekat rumah baru aku ni sbb ada byk burung...burung tu plak buat sarang dekat tingkap rumah..so peaceful..kawasan ni lagi sunyi dari kawasan rumah sewa aku yg lama dulu..Pape pn aku harap satu hari nanti aku akan berjaya memiliki rumah aku sendiri -home of my own..

Sok boss nak buat bengkel la pulak....teramat la boringnya..bagaikan satu penyiksaan yang panjang terkurung dalam bilik meeting...2 hari plak tu..sangat x sanggup rasanya..n staf2 lain pn x sanggup jgk..ada yg siap prepare excuse sbb nak escape dari attend bengkel tu...isk nak pakai baju apa esok eh?..baju yg boleh boost mood aku dr perasaan tensen..huhu


Thursday, June 11, 2009

New Home

yeay..aku da berpindah ke rumah baru..btw ni umah sewa jgk..so lepas ni boleh la aku bela kucing dalam umah ni...skang ni pn aku dah ada full access utk internet..xlah boring sangat...pasni senang la sedara-mara or kawan2 nak dtg cni, nak tumpang tdo pn no hal..

Skang ni aku pegi keje dgn berjalan kaki sejauh 15 minit..dulu masa aku ddk dekat Damansara Damai pastu kena berulang ke tempat kerja di KL Sentral lagi la mencabar idop..huhu..kena naik komuter bersesak2 time peak hour..x kan ku lupa pengalaman itu..dah la masa tu abis keje pukul 6..kol 6.20 baru dapat naik train..kol 6.45 kena tunggu bas dekat Kepong Sentral lak..kol 7.10 baru sampai Damansara Damai..kol 7.20 baru sampai umah makcik aku..arghh penatnya..Dekat tempat keje skunk ni kol 4.55 pm dah balik keje...dlm kol 5.15 dah ada kat umah..jauh sgt beza aku rasa..

Masa keje Celcom Kuantan dulu kol 5.30 abis keje...dalam kol 6.15-6.30 dapat naik bas..kol 7.00 smp umah..so far xder la penat sgt...smp2 je umah mak aku dah siapkan makanan..terus boleh makan..pukul 9 dah boleh tido..tapi since keje USM ni aku dah stuck..xboleh suka2 hati nak benti2 keje cam dulu..huhu...tp paling best masa praktikal kat celcom ar..xde komitmen pape..buat je keje yg dorang suruh...

sejak dah masuk alam pekerjaan yang betul2 ni kdg2 rasa nak meroyan je..kat opis aku ada 17 org staf laki, 7 je pompuan..aku bhg admin..bekerja dgn staf teknikal pada mulanya mmg agak sukar sbb dorng xphm sgt skop keje aku..tp aku bersyukur sbb ddk kat pusat komputer, kalu ddk dekat jabatan lain, lagi teruk environmentnya..pape pn kena bersyukur sbb ada keje..k..nnti ar aku smbg lagi..huhu

Sunday, June 7, 2009

Vol Air France 447 Rio de Janeiro - Paris-Charles de Gaulle


KEMANA PESAWAT INI LENYAP?

Pada pendapat aku pesawat ini telah terperosak jauh ke dalam jurang laut Atlantik..menyaksikan siri kehilangan pesawat ini menyebabkan timbulnya rasa insaf aku terhadap kekuasaan Allah SWT...aku tak dapat hendak membayangkan perasaan kesemua penumpang dan anak kapal sewaktu pesawat ini mengalami detik2 yg dahsyat sewaktu pesawat dipanah petir..cuba bayangkan jika kita adalah salah seorang daripada penumpang dalam pesawat ini.

Aku pn xtahu kenapa tragedi flight 447 ini sgt meninggalkan kesan mendalam pada diri aku..setiap hari aku mengikuti perkembangan operasi pencarian flight ini..bagi aku apa yg berlaku adalah di luar jangkaan kita...pihak penyelamat pn jadi bingung dalam usaha menjejaki bangkai pesawat walaupun menggunakan peralatan canggih..malah dorang pn dah giveup..sampaikan aku pnah terbaca satu statement yg menyatakan bahawa flight 447 ini xkan dijumpai sama sekali..apakah sebenarnya yg telah terjadi kepada pesawat Air France 447 ini?


Mungkinkah flight Air France 477 ini telah berkubur di tempat seperti ini?




Kalu rajin cuba buka link kat bawah ni, ada video mengenai perlanggaran pesawat dari Arab Saudi dengan Kazakhstan kalu xsilap aku..pada minit3.43 boleh dengar pilot tu mengucap sebelum flight tu berlanggar.Sedih sgt..:-((

Wednesday, February 25, 2009

Mesir yang Berubah



Nil itu kini menjadi kering oleh mesirku yang mulai berubah

Duhai mesirku, aku ingin tetap mengalirimu dengan kesejukanku

Namun kian kusadari, aku semakin tak mampu menghijaukan gurun yang bertambah tandus

Walau hanya sekedar memberikan setetes kehidupan dengan oase hatiku

Namun hanya fatamorgana yang dapat ku berikan.

Berani hidup berarti berani mencintai

Berani mencintai berarti berani merelakan.

Karena antara cinta dan keinginan untuk memiliki adalah sesuatu yang tidak sama.

Andai nil dapat mengaliri mesir, akan tercipta kehidupan baru

Dan peradaban yang sangat maju.

Namun nil telah tergantikan dengan laut mati
.


Friday, February 20, 2009

Emas di hujung pelangi

TIDAK ada tempayan berisi emas di hujung pelangi ini, hanya laluan bertol di Lebuh Raya 241 California.

Sekarang baru kita tahu apa yang ada di hujung pelangi - dan ia bukannya sebuah tempayan berisi emas!Sebaliknya ia bertemu dengan laluan bertol Lebuh Raya 241 di Orange County, California, Amerika Syarikat.Menurut saksi, pelangi itu bergerak hanya 30 meter sejam.Gambar yang menakjubkan ini diambil jurugambar amatur, Jason Erdkamp, menggunakan iPhone miliknya Ahad lalu, selepas ribut melanda pantai barat pesisiran Amerika Syarikat.Menurut mitos rakyat Amerika, sepatutnya terdapat sebuah tempayan berisi emas di hujung pelangi, yang dikatakan mungkin disorokkan oleh lelaki kerdil, Leprechaun.Bagaimanapun, Jason, dari pinggir bandar Lake Forest, Los Angeles berkata: "Tidak ada tempayan berisi emas, tetapi saya menang AS$25 pada malam itu melalui tiket loteri."