Saturday, August 15, 2009

Selsema Babi







Dengar nama Selesema Babi pn rasa semacam jek...sehingga blog ini ditulis dah 59 orang menjadi korban..takut sangat..dahla dekat kelantan ni face mask dah sold out...semalam aku pergi pasaraya depan hospital yg baru bukak tuh..punyala ramai manusia..aku tak pakai face mask pn, sbb dah abis...dah puas tawaf satu KB tp face mask dah kehabisan stok..nak tak nak aku redah la jgk..sbb nak beli minyak dgn beras utk stok bulan puasa nih..

Apa yang aku dapat lihat sensitiviti masyarakat terhadap virus selesema babi ni sangat kurang sebenarnya..ditambah pulak dengan tindakan pihak kerajaan yg mmg tak proaktif langsung..too slow and steady...dah byk aku dgr kes org yg pakai face mask digelak dan diperli oleh orang lain..inilah mentaliti tertutup rakyat Malaysia yg merasakan bahawa diri mereka sgt kebal daripada serangan H1N1...Kalu xnak pkai tu dorang punya pasal, tp tolonglah jangan menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri sendiri dgn menganggap orang yang memakai face mask itu sebagai alien..

Aku sekarang ni pn dah berjinak-jinak dengan memakan buah dengan lebih kerap...biasanya aku jarang sangat nak sentuh buah, sbb aku lebih suka makan nasik...tp sejak kes selesema babi ni menular di Malaysia dengan drastik sekali, aku jadi takut pulak..sbb aku ni jenis yg mudah dijangkiti selesema daripada orang lain...dah byk kali dah berlaku, aku yang tengah sihat walafiat ni menjadi mangsa jangkitan selesema dan batuk daripada orang lain menyebabkan aku mendapat jangkitan yang agak teruk selepas itu serta sangat mengambil masa untuk pulih semula..rasa seksa sangat...tekak gatal yang amat, batuk x berhenti-henti serta sakit dada..hingus dan kahak pulak berwarna kuning serta berbau..'YA ALLAH Engkau lindungilah kami semua daripada virus yang merbahaya ini'..tak sanggup aku nak menghadapinya..

Minggu depan Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan..rasa kejap je masa berlalu..rasa baru semalam je kita menyambut Hari Lebaran tahun lepas...Aku harap semoga Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan dan kebaikan..semoga dapat membasuh dan melenyapkan segala perasaan sakit hati dah marah yang terkumpul dalam dada ni..dan semoga aku akan menjadi seorang yg lebih pemaaf..hihi

Esok dah hari Ahad..kena kerja cam biasa..hari selasa dah start meeting untuk Internal Audit 2009..arggh tensen..seminggu selepas raya mungkin dah start audit..kena all-out habis-habisan la pasni..sama mcm audit yang lepas2..bila memikirkan terpaksa 'berperang' dgn technician utk audit preparation nih, huh rasa betul2 x sanggup..dah la xnak bayangkan saat2 xbest tu..

Pape pn kena banyak berdoa kepada Allah SWT semoga kita semua dijauhkan daripada virus H1N1 ni..

0 comments: