Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi...rasa sekejap je masa berlalu..syukur sebab kita diberikan peluang olehNYA untuk berada di Ramadhan ini..Ramadhan tahun depan kita pn xpasti samada akan bertemu lagi..

Setiap kali Ramadhan tiba aku pasti teringat akan peristiwa yang berlaku pada Ramadhan 6 tahun yg lalu, iaitu tahun 2003..arwah Helmi iaitu kawan sekelas semasa belajar di UiTM telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Shah Alam..masa tu lagi 2-3 hari nak raya..arwah dijangka pulang berhari raya dengan menaiki bas pada malam tu..tapi pada petang tu motor yg arwah naiki telah terlibat dengan kemalangan langgar lari oleh sebuah bas..sampai sekarang pn aku tak tahu apa status kes ni..Semoga roh arwah Helmi sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT..benarlah orang yang baik biasanya akan pergi dulu..
Tahun ni seperti tahun-tahun yang sudah aku masih lagi berpuasa di tempat orang...kali terakhir aku berpuasa di pahang ialah pada tahun 2006..3 tahun lepas..masa tu masih kerja kontrak dengan Celcom..tahun 2007 aku puasa dekat KL, tahun 2008 n 2009 puasa dekat Kelantan..pada aku berpuasa kat mana2 pn sama aje..maybe sbb aku dah biasa kot hidup merantau ni...tapi yang wajibnya time beraya mesti kena balik pahang...aku tak boleh nak bayangkan kalau aku terpaksa beraya kat tempat lain selain daripada rumah aku kat Pekan tuh..mesti aku akan nangis bila dengar takbir raya...there's no place like home..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yg membaca coretan di sini..semoga Ramadhan kali ini akan dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya..

0 comments: