Wednesday, September 16, 2009

Syukur..hadiah Ramadhan yg paling bermakna!

Syukur Alhamdulillah..tadi aku masuk board utk pengesahan jawatan..akhirnya setelah setahun 7 bulan berkhidmat di USM, aku telah pn disahkan jawatan..cuma belum dapat official letter lagi..masa masuk board tuh, rasa terharu plak bila dengar ucapan daripada panel-panel semua..iyerla, bukan senang nak confirm dalam masa setahun lebih..kalu kena tunggu 3 tahun mmg makan masa..pape pn, bagiku kerja itu adalah satu pengorbanan..kadang2 aku rasa malu pada diriku sendirik..sebab aku rasa kerja aku bukanlah perfect sgt pn..terlalu byk kelemahan..n aku taw aku ni jenis yg agak malas, dan suka kerja ikut mood jer...kalu aku rasa aku nak buat..aku buat, kalu malas aku tangguh...selalunya hari2 mcm tu la..entahlah, kdg2 rasa diri ni masih belum layak nak confirma awal2..pape pn aku bersyukur sebab bagi aku, ini adalah hadiah Ramadhan yang paling bermakna!

Tuesday, September 15, 2009

Buka puasa (bhg 2)

Semalam set-set PPKT berbuka puasa kat Restoran Chiang Mai anjuran vendor Arif Ladda Mass..ramai jugak staf yang x berminat nak pergi sbb cam xde standard bukak puasa kat Restoran Chiang Mai tuh..tapi time berbukak puasa kat situ mmg best dan sgt lawak la..dah la meja aku ni set2 technician yg paling riuh dan ntah pape..blom masuk bab 'darat' n jakun dorang lagi..tapi yg paling kelakar We la..ayat dia yg paling tak boleh belah 'eh udang aku! udang aku!'..dahla ckp sikit punya kuat sambil tangan mencapai udang dlm pinggan..adoi sakit perut gue..mmg macam2 karenah la dorang nih..

Pastuh hari ni, Mesiniaga plak anjurkan sesi berbuka puasa..tapi kat Hotel Renaissance..huhu..hok ni ramai plak staf yang berminat nak join..maklumlah dekat hotel 5 Star..tapi tadi aku bukak puasa kat hotel Renai ni rasa cam x best je..dahla mkn bufet..tensen btol nak beratur ramai2..suasana plak tak happening..sume org jadi ala-ala baik n sopan gitu..segan la nak buat perangai x senonoh depan set2 bos dan set Mesiniaga..

Sunday, September 13, 2009

Menunggu

Dalam perjalanan hidup ni, sedar atau tidak terlalu banyak masa yang kita habiskan hanya untuk 'Menunggu'..ya, hanya untuk menunggu..contohnya,menunggu bas, teksi,menunggu giliran di kaunter bayaran, menunggu sehingga mendapat pekerjaan yg baik dan sebagainya....

Kadang2 kita menunggu perkara yang kita pun tak pasti sebenarnya...x pasti samada berbaloikah kita terus menunggu dalam kesamaran....tanpa jemu terus menunggu...dan tanpa di sedari waktu pn terus berlalu..

Teringat cerita 'Thru Calling'..salah satu episod dalam siri itu membuatkan aku tersedar tentang hakikat masa yang telah terlalu banyak aku bazirkan..dalam episod itu menceritakan tentang seorang doktor yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung...Thru mempunyai kuasa ghaib untuk berkomunikasi dengan roh doktor tersebut selepas dia mati..doktor tu meminta pertolongan dengan Thru sebab sebelum dia mati masih banyak perkara yang dia masih belum sempat selesaikan..antaranya ialah menyelesaikan perselisihan paham selama bertahun-tahun antara dia dengan anak lelaki..anak doktor ini merupakan seorang pelukis..dia menyangka bapanya,iaitu doktor tersebut tidak menyanyangi dirinya kerana dia tidak mengikut jejak langkah bapanya menjadi doktor..tapi tanpa disedari oleh si anak, doktor ini sebenarnya sangat menyayangi anak lelakinya itu dan dia telah membeli lukisan anak lelaki nya dan membina sebuah galeri mini di rumahnya bagi menempatkan kesemua lukisan tersebut tanpa pengetahuan anak lelakinya itu..

Namun doktor tersebut tidak pernah berpeluang untuk menyatakan kasih sayangnya kepada anak lelaki nya itu...anak lelakinya menyangka bahawa bapanya sangat membenci dia, sehinggakan bapanya meninggal pn dia tetap membenci bapanya...Dalam kes ini, doktor tersebut menyangka dia punya banyak masa lagi di dunia ini untuk menjernihkan dan menyatakan kasih sayangnya pada anak lelakinya itu...namun kematiannya menyebabkan dia masih mempunyai 'unfinish business' dgn anak lelakinya..

Moral dalam cerita ini ialah...kita semua menyangka bahawa kita ini mempunyai masih banyak lagi masa di muka bumi Allah SWT ini..kita mempunyai banyak perkara yang perlu dan mesti kita selesaikan tetapi kita tidak melakukannya kerana kita sangka umur kita ini masih jauh perjalanannya...kita juga tidak pernah luahkan perasaan kasih dan sayang kita terhadap org2 yg kita sayangi..walapon kita sgt sayangkan mereka..kerana apa?..KERANA KITA FIKIR KITA MASIH PUNYA BANYAK MASA LAGI!

Dan kerana ini juga aku rasa aku sudah terlalu penat menunggu...menyatakan yg sebenarnya jauh lebih mudah daripada menyembunyikannya..kita selalu rasa kita ada byk masa, sebab tu kita enggan hendak memulakan sesuatu perkara,menyatakan rasa atau perasaan hati, menyatakan sayang dan cinta..sedangkan jikalau ditakdirkan esok lusa tiba-tiba Allah SWT mengambil nyawa kita, orang-orang yg kita sayang sama sekali tidak akan tahu betapa kita sgt menyayangi mereka!




Saturday, September 12, 2009

Buka puasa

Tadi pergi berbuka puasa dgn set-set PPKT..technician belanja bukak puasa dekat Food Village..aku cuma makan stimbot dgn daging je, nasi ada jugak, tapi bukan nasik putih la..nasik goreng n nasik kerabu..dalam hujan lebat aku n Diyana n baby Diyana redah je lah..makan free beb, hujan punya pasal pn xde hal..

Esok Ahad adalah hari bekerja..arghh Sunday blues......gue dalam mood raya nih, nak balik kampung...kdg2 rasa malas sgt nak setelkan keje2 kat opis tu..pas raya ada audit plak..ermmmmm

Gue dalam mood raya...gue dah takde mood nak pikir psal kerja...skang gue dalam mood nak bikin kuih raya jer..terukkan gue?

Thursday, September 10, 2009

Penuh Pancaroba nak balik raya!

Dari semalam lagi nak update blog ni...tp takde mood..

Ermm semalam, dapat surat dari Pendaftar..aku kena attend interview untuk pengesahan jawatan pada 16 September ni..arhhh sudaaaaaah (meraung dalam hati)..tiket bas utk raya dah beli, cuti dah apply...rasa nak menangis...dan mmg dah menangis pn bila cakap telepon ngn member satu opis yg dpt intview tu jgk..set2 technician dah mula provoke...nak tolong hantar balik Pekan la, apa laa..

Akhirnya syukur Alhamdulillah, bila pergi kaunter Transnasional tiket bas utk perjalanan ke Kuantan pada pagi 17 September masih ada lagi..itu pn tinggal utk perjalanan bas pukul 8.35 pagi, dengan hanya 3 kekosongan tempat duduk...akhirnya tiket yang bernombor tempat duduk 9C telah ku beli...baru la rasa hepi sikit..

Penuh pancaroba nak balik raya..tapi aku percaya setiap yg terjadi tuh pasti ada hikmah di sebaliknya..

Opps..semalam, kerajaan umumkan boleh bantuan khas RM5OO pada staf sokongan...syukur Alhamdulillah lagi..

Tuesday, September 8, 2009

Sama seperti yang lain..

Masuk keje sepatutnya pukul 8.10 pg

Time rehat sepatutnya pukul 1 tgh - 2 ptg

Waktu balik sepatutnya pukul 4.55 ptg

Ermm..aku dapati aku dah mula berubah..dah tak menepati masa sama seperti orang lain...sebelum ini aku mmg sgt punctual (bukan memuji diri sendiri) tapi itu lah kenyataanya..selagi belum pukul 4.55 aku sama sekali tidak akan melangkah keluar daripada pintu pejabat...waktu masuk pejabat pulak..selalunya pukul 8.05 tu aku mesti dah ada depan pc..tapi sekarang ni dah berubah..sebetulnya tahun ini..mungkin sebab tahun ni, adalah tahun ke-2 aku bekerja..atau terikut-ikut dengan peel staf 'lama'..

Pagi tadi aku bangun tidor pukul 7.48 pagi..malam tadi aku tak boleh tidur..in the end aku sampai opis pukul 8.30am..so far ada jugak staf yang datang serentak dengan aku..dan ada yg lebih lewat lagi...

Time balik opis plak..terutama masa bulan Ramadhan ni..kalu boleh aku mesti nak balik cepat..aku rasa aku dah makin teruk sesangat..dalam minggu lepas je, dah 2 kali aku keluar opis awal (sebelum pukul 4.55) semata-mata nak pergi beli barang dekat pasaraya yg baru bukak depan husm tuh..sebab kalau aku keluar on time, nnti takut lewat plak sampai rumah dan x sempat nak prepare makanan utk berbuka...

Tahun lepas aku tak mcm ni..sekarang ni aku rasa perkara ni dah macam satu kebiasaan...aku dah mula terikut-ikut dgn cara orang sekeliling aku...tahun ke-2 bekerja, spirit tu macam dah hilang..ini baru tahun ke-2, macam mana agaknya bila masuk tahun ke-5 dan ke 10 nanti?

Sebetulnya manusia akan berubah.....pendirian dan nilai yang kitw pegang juga akan berubah mengikut persekitaran dan masa..masa keje tempat lama dulu, kalau aku keluar awal walau seminit dua pn boss aku komplen..dia kata keje kena cukup 8 jam..
Kerja di tempat lama, waktu makan dan sembahyang adalah dalam waktu yg sama iaitu antara jam 1-2 ptg..tapi sekarang, pukul 12 dah mkn tengahari, pukul 2 plak baru nak solat Zohor..habis waktu antara 1-2 itu digunakan untuk apa?..

Kalu di syarikat swasta, datang lewat atau balik awal dianggap sebagai perkara yang memalukan...masa kerja dekat KL dulu, kdg2 aku pn pelik tengok dorang nih...dah sah2 dah jam tu dah menunjukkan pukul 6.00 petang...semua staf bukan main khusyuk lagi buat kerja..takde sorang pn yang menunjukkan semangat untuk pulang on time kecuali aku..tu pn dorang ada juga buat2 ayat camni 'eh awalnya balik'..dah pukul 6, suka hati aku la nak balik..kalau terlepas komuter nanti bukan korang nak tolong hantarkan..kalu kat cni, pukul 4.00 pn ada yg dah balik..kdg2 pukul 2.00 pn dah hilang..

Tapi bagi aku pulak.datang awal 'YES'...balik lewat 'NO'....as long kita dah siapkan semua kerja, so takde salahnya kalau kita minta kebenaran daripada boss utk balik awal terutama kalu ada hal penting..cam aku la, pernah je mintk kebenaran bos utk balik awal sebab nak balik phg naik bas kol 2.00 atau 4.00 petang..

Kesimpulannya keje kena siap dan kena la minta kebenaran bos, dan jgn main hilang cam tu je..







Saturday, September 5, 2009

Makan apa hari ini? Bhg 2

Hari ini aku cuma masak sawi dgn daging cincang, dan ayam goreng celup tepung...dalam hati hari rasa tak bersemangat je nak berbuka puasa..mungkin sebab lauk ni biasa-biasa sahaja dan tidak membuka selera..Pastu menu seterusnya ialah air sirap..ermmm..

Entah macammana tiba-tiba rasa terdetik dalam hati 'Mastura kau kena bersyukur dengan rezeki yg Allah SWT bagi hari ni, kat luar sana ramai lagi org lain yang berbuka puasa dlm keadaan yg serba kekurangan berbanding kau'...ada ayam dan sayur pn dah cukup mewah...kalau nak makan ikan terubuk bakar atau udang galah, mmg tak mampu carik la...

Nikmatilah rezeki yang anda suap ke mulut pada hari ini..

Friday, September 4, 2009

Manusia dan kehidupan


Makan apa hari ini? Itu la persoalan yg hampir setiap hari bermain di fikiran sepanjang bulan Ramadhan ini...tak tahu kenapa, makin hari makin tak ada idea nak masak apa?...selalunya semasa berbuka puasa, aku makin sikit je dan selebihnya aku akan simpan dalam peti sejuk...mungkin sebab aku berbuka puasa sensorang kot..so bila makan pn mesti nak cepat-cepat...kadang2 sebab malas nak kemas dapur, aku terus masuk bilik..so esoknya barulah aku akan membasuh pinggan-mangkuk yang penuh dalam sinki tuh..

Semalam aku tgk cerita Silence of The Lambs dekat You Tube..cerita yang hebat dengan elemen seram yang membuatkan fikiran aku sedikit kacau.....kenapalah wujud manusia seperti Buffolo Bill dan Hannibal Lecter dalam dunia fana ni..mereka adalah contoh manusia-manusia yang berjiwa rapuh, serabut,kacau dan paling utama menakutkan....Cerita ini diilhamkan daripada kisah benar seorang pembunuh kejam bersiri iaitu Ted Bundy...membaca perjalanan hidup manusia bernama Ted Bundy ini membuatkan aku rasa hendak muntah dan jijik..bagi ku dia tidak lebih daripada syaitan bertopengkan manusia..dia melakukan pembunuhan kejam terhadap gadis2 yang diculiknya serta menyeksa mereka sehingga mati....

Dunia ini semakin menakutkan...saban hari muncul pelbagai kisah pembunuhan ngeri di serata pelusuk tempat..mengapa manusia-manusia berhati iblis ini wujud di kalangan kita?....jiwa manusia semakin rapuh...semuanya menuju ke arah materialistik semata-mata...tekanan daripada sistem kapitalis semakin menjahanamkan kehidupan kita semua..manusia zaman ini bagai hilang pedoman..tempoh hari terbaca dalam akhbar kisah seorang ayah saudara tergamak menikam anak saudaranya sehingga mati akibat berada di bawah pengaruh dadah..dan lebih menyayat hati si bapa saudara sebenarnya berdendam dengan ayah kanak2 tersebut kerana menentang perkahwinannya..sungguh tidak berperikemanusiaan lelaki ini..patut sahaja disebat sehingga mati..

Aku perhatikan pada zaman ini, manusia semakin dahsyat perilaku mereka...yang perempuan tidak segan silu lagi menjual maruah dan minum arak..kemudian mencampakkan janin di merata-rata...ya, memang ada kesilapan di sini......tapi aku pn tidak tahu kesilapan itu berpunca daripada mana..ibu-bapakah yang perlu bertanggungjawab atau kerajaan?

Kita umat Islam yang berbangsa Melayu ini sangat lemah sebenarnya......bagaikan buih-buih di lautan..sayang sungguh melihat pelajar2 sekolah yg terlibat dalam gejala maksiat, dadah dan gangterisme ini?..mahu jadi apa mereka apabila dewasa kelak..aku berpegang pada kata-kata seorang doktor yang aku temui di Hospital Pekan sewaktu aku berumur 16 tahun...dia menasihati aku dan rakan-rakan untuk belajar betul-betul..katanya, sewaktu umur masih muda ini memang kita tidak akan merasa penting untuk berjaya dalam hidup..tapi apabila kita sudah dewasa kelak, pada masa itu kita akan menyesal apabila melihat orang lain lebih berjaya daripada kita..

Merenung diriku sendiri, aku berdoa semoga hidup ini akan menjadi sebuah perjalanan yang indah..kehidupan ini terlalu singkat untuk disia-siakan..dan masa yang berlalu tidak akan kembali lagi..