Tuesday, September 8, 2009

Sama seperti yang lain..

Masuk keje sepatutnya pukul 8.10 pg

Time rehat sepatutnya pukul 1 tgh - 2 ptg

Waktu balik sepatutnya pukul 4.55 ptg

Ermm..aku dapati aku dah mula berubah..dah tak menepati masa sama seperti orang lain...sebelum ini aku mmg sgt punctual (bukan memuji diri sendiri) tapi itu lah kenyataanya..selagi belum pukul 4.55 aku sama sekali tidak akan melangkah keluar daripada pintu pejabat...waktu masuk pejabat pulak..selalunya pukul 8.05 tu aku mesti dah ada depan pc..tapi sekarang ni dah berubah..sebetulnya tahun ini..mungkin sebab tahun ni, adalah tahun ke-2 aku bekerja..atau terikut-ikut dengan peel staf 'lama'..

Pagi tadi aku bangun tidor pukul 7.48 pagi..malam tadi aku tak boleh tidur..in the end aku sampai opis pukul 8.30am..so far ada jugak staf yang datang serentak dengan aku..dan ada yg lebih lewat lagi...

Time balik opis plak..terutama masa bulan Ramadhan ni..kalu boleh aku mesti nak balik cepat..aku rasa aku dah makin teruk sesangat..dalam minggu lepas je, dah 2 kali aku keluar opis awal (sebelum pukul 4.55) semata-mata nak pergi beli barang dekat pasaraya yg baru bukak depan husm tuh..sebab kalau aku keluar on time, nnti takut lewat plak sampai rumah dan x sempat nak prepare makanan utk berbuka...

Tahun lepas aku tak mcm ni..sekarang ni aku rasa perkara ni dah macam satu kebiasaan...aku dah mula terikut-ikut dgn cara orang sekeliling aku...tahun ke-2 bekerja, spirit tu macam dah hilang..ini baru tahun ke-2, macam mana agaknya bila masuk tahun ke-5 dan ke 10 nanti?

Sebetulnya manusia akan berubah.....pendirian dan nilai yang kitw pegang juga akan berubah mengikut persekitaran dan masa..masa keje tempat lama dulu, kalau aku keluar awal walau seminit dua pn boss aku komplen..dia kata keje kena cukup 8 jam..
Kerja di tempat lama, waktu makan dan sembahyang adalah dalam waktu yg sama iaitu antara jam 1-2 ptg..tapi sekarang, pukul 12 dah mkn tengahari, pukul 2 plak baru nak solat Zohor..habis waktu antara 1-2 itu digunakan untuk apa?..

Kalu di syarikat swasta, datang lewat atau balik awal dianggap sebagai perkara yang memalukan...masa kerja dekat KL dulu, kdg2 aku pn pelik tengok dorang nih...dah sah2 dah jam tu dah menunjukkan pukul 6.00 petang...semua staf bukan main khusyuk lagi buat kerja..takde sorang pn yang menunjukkan semangat untuk pulang on time kecuali aku..tu pn dorang ada juga buat2 ayat camni 'eh awalnya balik'..dah pukul 6, suka hati aku la nak balik..kalau terlepas komuter nanti bukan korang nak tolong hantarkan..kalu kat cni, pukul 4.00 pn ada yg dah balik..kdg2 pukul 2.00 pn dah hilang..

Tapi bagi aku pulak.datang awal 'YES'...balik lewat 'NO'....as long kita dah siapkan semua kerja, so takde salahnya kalau kita minta kebenaran daripada boss utk balik awal terutama kalu ada hal penting..cam aku la, pernah je mintk kebenaran bos utk balik awal sebab nak balik phg naik bas kol 2.00 atau 4.00 petang..

Kesimpulannya keje kena siap dan kena la minta kebenaran bos, dan jgn main hilang cam tu je..







0 comments: