Friday, September 4, 2009

Manusia dan kehidupan


Makan apa hari ini? Itu la persoalan yg hampir setiap hari bermain di fikiran sepanjang bulan Ramadhan ini...tak tahu kenapa, makin hari makin tak ada idea nak masak apa?...selalunya semasa berbuka puasa, aku makin sikit je dan selebihnya aku akan simpan dalam peti sejuk...mungkin sebab aku berbuka puasa sensorang kot..so bila makan pn mesti nak cepat-cepat...kadang2 sebab malas nak kemas dapur, aku terus masuk bilik..so esoknya barulah aku akan membasuh pinggan-mangkuk yang penuh dalam sinki tuh..

Semalam aku tgk cerita Silence of The Lambs dekat You Tube..cerita yang hebat dengan elemen seram yang membuatkan fikiran aku sedikit kacau.....kenapalah wujud manusia seperti Buffolo Bill dan Hannibal Lecter dalam dunia fana ni..mereka adalah contoh manusia-manusia yang berjiwa rapuh, serabut,kacau dan paling utama menakutkan....Cerita ini diilhamkan daripada kisah benar seorang pembunuh kejam bersiri iaitu Ted Bundy...membaca perjalanan hidup manusia bernama Ted Bundy ini membuatkan aku rasa hendak muntah dan jijik..bagi ku dia tidak lebih daripada syaitan bertopengkan manusia..dia melakukan pembunuhan kejam terhadap gadis2 yang diculiknya serta menyeksa mereka sehingga mati....

Dunia ini semakin menakutkan...saban hari muncul pelbagai kisah pembunuhan ngeri di serata pelusuk tempat..mengapa manusia-manusia berhati iblis ini wujud di kalangan kita?....jiwa manusia semakin rapuh...semuanya menuju ke arah materialistik semata-mata...tekanan daripada sistem kapitalis semakin menjahanamkan kehidupan kita semua..manusia zaman ini bagai hilang pedoman..tempoh hari terbaca dalam akhbar kisah seorang ayah saudara tergamak menikam anak saudaranya sehingga mati akibat berada di bawah pengaruh dadah..dan lebih menyayat hati si bapa saudara sebenarnya berdendam dengan ayah kanak2 tersebut kerana menentang perkahwinannya..sungguh tidak berperikemanusiaan lelaki ini..patut sahaja disebat sehingga mati..

Aku perhatikan pada zaman ini, manusia semakin dahsyat perilaku mereka...yang perempuan tidak segan silu lagi menjual maruah dan minum arak..kemudian mencampakkan janin di merata-rata...ya, memang ada kesilapan di sini......tapi aku pn tidak tahu kesilapan itu berpunca daripada mana..ibu-bapakah yang perlu bertanggungjawab atau kerajaan?

Kita umat Islam yang berbangsa Melayu ini sangat lemah sebenarnya......bagaikan buih-buih di lautan..sayang sungguh melihat pelajar2 sekolah yg terlibat dalam gejala maksiat, dadah dan gangterisme ini?..mahu jadi apa mereka apabila dewasa kelak..aku berpegang pada kata-kata seorang doktor yang aku temui di Hospital Pekan sewaktu aku berumur 16 tahun...dia menasihati aku dan rakan-rakan untuk belajar betul-betul..katanya, sewaktu umur masih muda ini memang kita tidak akan merasa penting untuk berjaya dalam hidup..tapi apabila kita sudah dewasa kelak, pada masa itu kita akan menyesal apabila melihat orang lain lebih berjaya daripada kita..

Merenung diriku sendiri, aku berdoa semoga hidup ini akan menjadi sebuah perjalanan yang indah..kehidupan ini terlalu singkat untuk disia-siakan..dan masa yang berlalu tidak akan kembali lagi..




0 comments: