Sunday, August 30, 2009

Cerita pasal menipu..

Terkilan sgt..air soya yang ku beli di bazaar ramadhan petang tadi mmg x rasa air soya langsung..rasa pelik..rasa manis semacam..seolah2 air paip yang ditaruk gula...aku cuma minum suku gelas air soya tuh..selebihnya xmampu ku telan...akhirnya aku beralih ke air Ribena berry yg jauh lebih sedap dan berkhasiat dgn vitamin C itu...akhirnya, usai berbuka puasa sebungkus air soya selamat dicurah ke lubang sinki..mmg aku rasa bersalah buang rezeki macam tuh..tp aku dah xde pilihan..sebab x mungkin aku akan minum air soya tu di hari yg lain..apatah lagi rasanya sedikit pn x seperti air soya..air apa pn aku x taw..

Kenapa peniaga kat bazaar ramadhan suka menipu ye?....langsung x fikir kan kualiti makanan yg dorang jual tuh..pentingkan keuntungan semata-mata..betullah kata org peniaga dekat bazaar ramadhan ni selalunya agak tamak (bukan semua)...tp sebab dah terkena byk kali..aku perlahan-lahan mengiyakan fakta ini...Teringat kuih ketayap dekat bazaar ramadhan Seksyen 2 Shah Alam tahun 2005..mak aii sedap yg amat..smp sekarang aku ingat kesedapannya itew..hampir setiap hari aku beli kuih ketayap dari gerai tu..huhu..pape pn tahniah kepada peniaga gerai tu yg berjaya menjual kuih ketayap yg sedap dgn harga yang berpatutan..anda adalah peniaga contoh..

Bazaar Ramadhan dekat Pekan pn x best...mahal yg amat..sebab tu aku jarang pergi..setakat ni juadah berbuka puasa yg paling okay sejak aku menetap di kelantan ni, ialah daripada kantin usm..tu pn dah xbyk lauk..x macam masa awal Ramadhan hari tu...lauk gulai tempoyak ikan patinnya mmg sedap yg amat..sebijik cam gulai ikan patin dari pahang punyer..tp hari kedua puasa tu jelah ada gulai tempoyak tu...tokei kedai tu kata ikan patin mentah skang dah mahal sejak bulan puasa ni, itu yang dia x jual dah lauk ikan patin tuh..kempunan aku

Cerita pasal menipu...tadi pn aku dah tipu org...mmg rasa bersalah..apatah lagi sekarang ni bulan Ramadhan...kdg2 rasa mcm tak patut pulak aku buat mcm tu...tp aku takde pilihan..siapa suruh dia tak faham bahasa..bukan aku guna bahasa German pn..cuma bahasa melayu yg mudah2 je..tak kan itu pn tak paham jugak..nasib dia lah...dah mmg bukan salah aku pn..kalau dia tak buat semua tu, dia tak akan ditipu..

Kadang2 aku pn xpaham manusia ni ..kenapa dia nak lebih2..melebihi batas sebagai seorang teman sekerja..dia menyusahkan aku dan diri dia sendiri...walau apa pn aku ada prinsip aku sendiri..Bagi aku kalu dah nama pn teman seopis tu, kenalah jadi profesional...bagi aku bukan soal suka atau tidak, tapi yg paling penting adalah sikap individu tu sendiri..bukan rugi pn seandainya kita menghormati privasi orang lain..

Kdg2 tgk dia cam tu timbul la jugak rasa kesian...tp sebab aku kesian kan dia la, maka aku xpernah layan dia..lebih baik dia x mengharap langsung..daripada aku memberi dia harapan kosong pastu aku tinggalkan dia camtu aje..kalu nak amik kesempatan mmg boleh sgt, seperti pompuan sebelum ni..tp mmg xde hati perut la aku, kalu aku tergamak amik kesempatan camtu..

Maka adalah lebih baik kembali kepada asal...aku dan dia adalah rakan sekerja biasa..tidak lebih daripada itu..maka tidak ada sesiapa yg akan menipu dan tertipu..



Saturday, August 29, 2009

If I could reverse time


If I could reverse time

If I could reverse time

If I could reverse time

If I could reverse time


Friday, August 28, 2009

Holiday?..ermmm

Not have much time to write a blog last week. Tired and tiring. Until now I still do not have time to go to Bazaar Ramadhan. I bought relish breaking fast at the USM canteen only. Last week I bought a dish of catfish that is very delicious. Satisfied, delicious to lick fingers.

Today I intend to cook spicy and sour fish dish. I have remove the fish from the refrigerator. I hope this dish still taste delicious as last week. Monday is the date of August 31 National Day of Malaysia to 52. Do not know why, glorious National Day this year is not felt. Tasteless. Are Malaysians have lost the spirit of patriotism?

Tomorrow August 30, I still work as usual. Many employees take leave on tomorrow. I am sure the situation in the workplace will not busy and noisy like the day before.Colleagues asked why I did not return home to for holiday? .. I really have no plans to take leave because there are tasks that I need to prepare. ermm, I will take sabbatical leave in conjunction with Hari Raya later. So what should I do on this holiday? .. Just sleep and play computer.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan yg lalu

Ramadhan 2007..Pengalaman berpuasa dekat KL paling mencabar dalam hidup..kenangan berulang-alik semasa menaiki komuter daripada Kepong Sentral ke KL Sentral mmg tak akan aku lupakan sampai bila2..berebut2 masa nak naik train semasa peak hours sgt meletihkan..kalu korang jenis yg lemah-lembut dan tak pandai nak bertolak2 alamat berbuka puasa la dekat terminal KL Sentral tuh..masa bertolak-tolak nak naik train tuh, hampir kebanyakan orang jadi selfish..dalam erti kata lain mementingkan diri sendiri..iyerla, sapa yg tak nak balik cepatkan?...nak tunggu next train, huh tak sanggup rasanya..pape pn, sehingga blog ini ditulis perkhidmatan KTM Komuter masih lagi sangat teruk..aku respect pada mereka-mereka yg masih setia menggunakan perkhidmatannya sehingga ke hari ini..pape pn KL banyak mengajar aku erti kesabaran..

Kerja di USM, tahap kesabaran aku jadi nipis..aku pn xtahu kenapa..maybe because life isn't tough compare masa ddk dekat KL dulu..masa ddk KL dulu payah dan susah camne pn,aku masih boleh bersabar...tp since kerja dekat USM, hal-hal kecil pn boleh membuatkan aku hilang sabar..sikit2 nak marah..kdg2 tension bila pikir pasal kerja..padahal kerja tu xla seteruk mana pn..kalau balik Pahang plak, aku jadi malas..sgt2 malas..mungkin sebab dalam comfort zone kot, berada dalam zon selesa..

Aku harap sempena bulan Ramadhan ni dapat la mengubah sedikit sebanyak perkara2 negatif yang ada dlm diri aku ni.bukan best pn selalu marah2 ni, cepat dapat darah tinggi je nanti..

Aku yang Membazir

Nape ye bila bulan Ramadhan kita tak dapat dipisahkan dengan perbuatan membazir?...petang tadi aku beli gulai ikan patin dekat cafe...mujur gulai ikan patin tu sedap..pastu beli buah melaka...buah melaka ni yg semalam aku beli pn sedap jugak..so arini aku beli la lagi....pastu nampak pakcik tu jual roti john..terus rasa nak beli..padahal selama ni aku bukan makan sgt pn roti john ni..sebab terliur tengok roti john tu,maka aku pun beli lah ia..

Sampai waktu berbuka puasa..yang abis licin cuma ikan patin tu je...buah melaka hanya dua bijik sahaja yang berjaya dimakan,manakala roti john hanya berjaya dimakan sebanyak secubit sahaja..membazirkan aku?..sehingga blog ini ditulis roti john tersebut selamat berada di dalam peti sejuk..entah bila nak makan pn xtahu..esok sah2 akan bernafsu-nafsi nak beli makanan lain pulak..

Salad goreng air yang first puasa tu pn masih ada lagi dalam peti...xsanggup nak abiskan la..sebab x sedap..mana ada orang buat masakan salad goreng air...isk pelik2 la aku nih..sebab tu la aku ckp resipi aku selalunya pelik2...pape pn amik sebagai pengajaran, jangan suka membazir dan buang2 rezeki dah pasni..

Tadi borak ngn sorang member nih..dia kata dia beli 1/4 ayam percik dekat pasar Ramadhan harganya RM8.00..amboi mahalnya!..baik beli seekor ayam kalu gini gayanya....so,better spent smart for very single penny you have..membeli di pasar ramadhan ada yang berbaloi dan tidak..pandai2 lah memilih..kalu tersilap pilih, harus dapat masakan yang tak berkualiti setanding dengan harganya yang mencekik ituh...kalu lebih tidak bernasib baik, silap2 terbeli makanan yg dah basi pula..pape pn, nasihat daripada aku yg x seberapa nih, kalau ada masa terluang tu lebih baik korang masak sendirik...masa puasa ganti dulu pn, mmg aku masak sendirik...tp bila tiba puasa bulan Ramadhan,kat sana-sini ada org jual makanan, automatik jadi malas nak masak..

Pape pn rindu masakan kat rumah..masa kerja dekat celcom kuantan dulu, kalau balik rumah aku cuma cuci tangan je..smp rumah kat Pekan pn hari dah maghrib...so tunggu masa nak ngap makanan je la..bila ddk kat perantauan ni serba-serbi kena buat sendiri..so whatever rivals came, i've to face on my own..





Saturday, August 22, 2009

Masak apa hari ini?

Hari ini, adalah hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa...so aku x ada buat apa-apa pn hari ni..asik melepak depan laptop je...pasni aku nak pergi masak...nak masak lauk ikan asam pedas..sedapnya...tapi xtahu la rasanya mcm mana, sbb masa bulan puasa payah sket nak merasa-rasa ni...nak beli kat bazaar Ramadhan cam malas...rasa cam x worth je..x berbaloi...selalu beli lauk kat bazaar Ramadhan selalunya mahal, pastu x best mana pn...kalu kita masak xsedap, kita puas hati...tp kalu beli kat bazaar x best,kita akan sakit hati...lagipun dah byk kali terkena..pape pn masakan rumah lah yang paling best..

Resipi aku selalunya pelik-pelik sikit, lain dari yang lain...dan selalunya lauk yg aku masak tu aku je yg ada selera nak makan...sebab tu aku serba-salah nak pelawa org makan lauk yg aku masak...nnti kena condemn...dan dah selalu sgt kena condemn pn..

Memasak ni memerlukan kreativiti...walapon kdg2 aku malas nak memasak, tp once aku dah ada kat depan kuali tuh, automatik mood tu akan datang dgn sendiriknya..bila lauk tu dah siap dimasak akan datang satu perasaan puas hati sbb akhirnya satu hidangan yg best telah berjaya dihasilkan..hihi

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi...rasa sekejap je masa berlalu..syukur sebab kita diberikan peluang olehNYA untuk berada di Ramadhan ini..Ramadhan tahun depan kita pn xpasti samada akan bertemu lagi..

Setiap kali Ramadhan tiba aku pasti teringat akan peristiwa yang berlaku pada Ramadhan 6 tahun yg lalu, iaitu tahun 2003..arwah Helmi iaitu kawan sekelas semasa belajar di UiTM telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Shah Alam..masa tu lagi 2-3 hari nak raya..arwah dijangka pulang berhari raya dengan menaiki bas pada malam tu..tapi pada petang tu motor yg arwah naiki telah terlibat dengan kemalangan langgar lari oleh sebuah bas..sampai sekarang pn aku tak tahu apa status kes ni..Semoga roh arwah Helmi sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT..benarlah orang yang baik biasanya akan pergi dulu..
Tahun ni seperti tahun-tahun yang sudah aku masih lagi berpuasa di tempat orang...kali terakhir aku berpuasa di pahang ialah pada tahun 2006..3 tahun lepas..masa tu masih kerja kontrak dengan Celcom..tahun 2007 aku puasa dekat KL, tahun 2008 n 2009 puasa dekat Kelantan..pada aku berpuasa kat mana2 pn sama aje..maybe sbb aku dah biasa kot hidup merantau ni...tapi yang wajibnya time beraya mesti kena balik pahang...aku tak boleh nak bayangkan kalau aku terpaksa beraya kat tempat lain selain daripada rumah aku kat Pekan tuh..mesti aku akan nangis bila dengar takbir raya...there's no place like home..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yg membaca coretan di sini..semoga Ramadhan kali ini akan dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya..

Saturday, August 15, 2009

Selsema Babi







Dengar nama Selesema Babi pn rasa semacam jek...sehingga blog ini ditulis dah 59 orang menjadi korban..takut sangat..dahla dekat kelantan ni face mask dah sold out...semalam aku pergi pasaraya depan hospital yg baru bukak tuh..punyala ramai manusia..aku tak pakai face mask pn, sbb dah abis...dah puas tawaf satu KB tp face mask dah kehabisan stok..nak tak nak aku redah la jgk..sbb nak beli minyak dgn beras utk stok bulan puasa nih..

Apa yang aku dapat lihat sensitiviti masyarakat terhadap virus selesema babi ni sangat kurang sebenarnya..ditambah pulak dengan tindakan pihak kerajaan yg mmg tak proaktif langsung..too slow and steady...dah byk aku dgr kes org yg pakai face mask digelak dan diperli oleh orang lain..inilah mentaliti tertutup rakyat Malaysia yg merasakan bahawa diri mereka sgt kebal daripada serangan H1N1...Kalu xnak pkai tu dorang punya pasal, tp tolonglah jangan menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri sendiri dgn menganggap orang yang memakai face mask itu sebagai alien..

Aku sekarang ni pn dah berjinak-jinak dengan memakan buah dengan lebih kerap...biasanya aku jarang sangat nak sentuh buah, sbb aku lebih suka makan nasik...tp sejak kes selesema babi ni menular di Malaysia dengan drastik sekali, aku jadi takut pulak..sbb aku ni jenis yg mudah dijangkiti selesema daripada orang lain...dah byk kali dah berlaku, aku yang tengah sihat walafiat ni menjadi mangsa jangkitan selesema dan batuk daripada orang lain menyebabkan aku mendapat jangkitan yang agak teruk selepas itu serta sangat mengambil masa untuk pulih semula..rasa seksa sangat...tekak gatal yang amat, batuk x berhenti-henti serta sakit dada..hingus dan kahak pulak berwarna kuning serta berbau..'YA ALLAH Engkau lindungilah kami semua daripada virus yang merbahaya ini'..tak sanggup aku nak menghadapinya..

Minggu depan Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan..rasa kejap je masa berlalu..rasa baru semalam je kita menyambut Hari Lebaran tahun lepas...Aku harap semoga Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan dan kebaikan..semoga dapat membasuh dan melenyapkan segala perasaan sakit hati dah marah yang terkumpul dalam dada ni..dan semoga aku akan menjadi seorang yg lebih pemaaf..hihi

Esok dah hari Ahad..kena kerja cam biasa..hari selasa dah start meeting untuk Internal Audit 2009..arggh tensen..seminggu selepas raya mungkin dah start audit..kena all-out habis-habisan la pasni..sama mcm audit yang lepas2..bila memikirkan terpaksa 'berperang' dgn technician utk audit preparation nih, huh rasa betul2 x sanggup..dah la xnak bayangkan saat2 xbest tu..

Pape pn kena banyak berdoa kepada Allah SWT semoga kita semua dijauhkan daripada virus H1N1 ni..

Saturday, August 8, 2009

Laa Tahzan

Today i feel much better than yesterday...sbb rasa stress sgt tergerak hati aku utk membaca buku 'Laa Tahzan' karya Dr. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni..sebenarnya dah lama nak baca buku ni, tp sbb bz main komputer je jadi x sempat nak sentuh pn..lepas baca aku rasa lega dan lapang..Kdg2 sebagai manusia kita mudah lupa..bila kita marah dan tension dgn org lain..tiba2 kita akan rasa benci yg amat sgt pada dia..perasaan benci yg meluap-luap tu telah menutup segala kebaikan yang dia pernah lakukan pada kita selama ni..begitu juga dengan detik2 yang menyeronokkan yg pernah kita lalui bersama dia, semuanya seakan-akan hilang begitu sahaja dek rasa sakit hati kita pada org tu..sekurangnya kita perlu mewujudkan satu ruang kemaafan dalam hati..sebab itu dalam masyarakat Melayu ada org boleh berdendam selama bertahun-tahun..sampai ke mati pn ada yg sanggup untuk tidak bertegur sapa...parang dan sabit jadi mainan bila bertengkar..ada yang lebih parah sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan org yang diorang benci...aku tak nak hidup dalam dendam dan kemarahan..aku juga tidak mahu membenci sesiapa..

Kepada 'dia' mungkin ada yang kurang dalam diriku...seandainya 'dia' ingin melangkah pergi sesungguhnya aku redha..terima kasih atas semua kebaikan dan keindahan yang dia pernah coretkan dalam hidup aku..walau apa pn keputusan dia, aku rasakan dia sudah memikirkan yang terbaik untuk hidupnya...

Yang pasti aku tetap berada di sini...dan tetap yakin segala yang aku doa dan impikan itu pasti akan menjadi kenyataan jua..

Friday, August 7, 2009

Kosong

Saat ini, saat aku sedang menaip blog ini aku rasa cam kosong sgt...i feel alone..nobody just me n myself ..sejak dari pagi tadi menyibukkan diriku dengan membuat kerja-kerja rumah..memasak,membasuh,menyapu dan mengemop lantai..layan intenet forum, main burn buddy n farmville dlm fesbook..bagi mkn kucing2 liar kat belakang rumah..pastu layan movie 'The Big Fish' sampai abis kat You Tube...ermm,but no matter how many things i'm doing today, but i'm still ALONE..huh

Bila belek2 blog atau fesbook org lain, aku boleh bayangkan mesti life dorang sume sgt heppi dan gorgeous...apatah lagi bila tgk gambar2 yang dorang letak dlm fesbok or blog dorang, menggambarkan perfect family, perfect life...ntahla, aku xde pn gambar2 yg havoc utk ditampal..nak letak gambar dlm blog ni pn xde..siannya aku..

Ermm, akhir2 ni hidup aku rasa cam kosong sgt...aku rasa cam sorang2 je...hanya kucing terbiar di belakang rumah aje yg sudi berkawan dengan ku...

Di saat org2 lain sedang menikmati kegembiraan, aku hanya mampu melihat bayang 'dia' yg berlalu pergi dari hidup aku...hanya mampu melihat dan tak mampu utk menghalang...mungkin ini adalah jalan takdir hidupku..cinta datang dan pergi..tetapi hidup tetap mesti diteruskan...

Walauapapun, aku tetap pasrah dengan ketentuanNYA...sbb apa jua yang berlaku adalah yg terbaik utkku...

Saturday, August 1, 2009

Seolah-olah kita tak pernah kenal?

Dah lama aku tak menulis kat blog ni...sekarang ni tengah hujan lebat..

Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran aku sepanjang minggu lepas, antaranya ialah:

1.Penularan wabak H1N1 yang telah meragut nyawa 5 orang di Malaysia
2.Planning utk cuti raya n tiket bas aku dah beli pn
3.Nak cuba setelkan semua keje sebelum cuti raya yang panjang itu
4.Sikap seorang hamba Allah yang berkelakuan seolah-olah dia tak kenal pun aku ini

Ntah la kadang2 aku dah bosan nak berbaik2 dgn orang..ermm tak baiknya aku pikir mcm tu..kdg2 bila aku pikir balik, arghh tak ada kawan pun tak apa daripada ada kawan tapi menyakitkan kepala hotak..