Wednesday, June 24, 2009

Singa laut sesat ke lebuh raya


Petikan ini aku ambil ari Utusan 25 Jun 2009

PENGGUNA kenderaan di sebatang jalan raya yang sibuk di Oakland, California, baru-baru ini gempar seketika dengan kehadiran 'rakan pengguna jalan raya baru' mereka iaitu seekor singa laut.
Pegawai Peronda Lebuh Raya California, Peter Van Eckhardt berkata, pihak polis menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya pada 5.45 petang yang menyatakan terdapat seorang singa laut tersesat dan sedang merayau-rayau di tengah pembahagi jalan.
Singa laut tersebut dipercayai baru berusia kira-kira setahun.
"Kami sedang mengisi minyak apabila terdengar di radio mengenai kehadiran singa laut di lebuh raya.
"Kami ingatkan ia satu gurauan tetapi apabila kami sampai ke sana memang benar ada seekor singa laut yang menghalang lalu lintas.
"Kami lantas membuka pintu kereta dan dengan mudah ia masuk dalam kereta. Kami letaknya di kerusi belakang seperti seorang tahanan," kata pegawai polis Oakland, Naomi Johnson.
Singa laut tersebut kemudian diambil oleh kakitangan Pusat Hidupan Marin Oakland biarpun pada mulanya haiwan tersebut enggan masuk dalam trak pikap yang dihantar pusat tersebut. -Agensi

0 comments: