Monday, February 28, 2011

Ada apa pada secangkir kenangan?

Tiada siapa yang dapat menafikan sebuah kenangan merupakan sebahagian daripada jalan cerita hidup manusia. Namun kenangan indah itulah yang akan sentiasa terpahat diingatan. 3 hari lagi aku akan genap 29 tahun. Apa yang telah ku lakukan selama hidup 29 tahun di muka bumi tuhan ini?..menoleh ke belakang. Melihat segenap suka duka kehidupan dan hari-hari yang telah ku lalui selama ini. Memori pahit silih berganti...cinta datang dan pergi..begitu juga rakan taulan yang muncul dan hilang..


Namun yang pastinya detik-detik itu tidak akan kembali lagi..yang ada cuma hari ini..usah terlalu mengenang kenangan yang telah pergi, kerana yang pastinya ia tidak akan kembali lagi...sebaliknya lalui lah hari ini dengan sebaik-baiknya...cipta la kenangan dan memori indah yang baru...agar memori-memori lama itu tidak akan sama sekali membuatkan kita berasa sedih atau sesal...

Kata seorang sahabat baik yang pernah sama-sama mengharungi suka dan duka bersama ku dahulu 'ko jangan hidup dalam kenangan, cipta la kenangan yang baru'...ya, aku setuju dengan kata-katanya itu. Yang ada cuma hari ini..maka silalah tutup jendela hari semalam..patah tumbuh hilang berganti..nikmatilah hari ini,hargai lah insan-insan yang menyayangi kita, kerana masa yang telah berlalu pergi itu tidak akan kembali lagi..nasihatku, jangan sesekali hanyut dibuai kenangan silam, sehingga kita mengabaikan keindahan hari ini..kerana yang rugi kelak adalah diri kita sendiri..

0 comments: