Friday, July 29, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Sunday, May 15, 2011
Mutiara pagi:
Jika kamu tidak senang dengan kebahagiaan seseorang, barangkali 1000 orang yang lain juga akan tidak senang dengan kebahagiaan kamu di kemudian hari.. maksud bahagia bagi setiap org adalah berbeza. Jadi tidak perlu cemburu dan berusaha utk menghancurkan kebahagiaan orang lain...
Thursday, April 14, 2011
Mutiara kata
Sebahagian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata-kata, tulisan, sindiran dan jelingan. Bagi golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.
(sumber Zaharuddin.net)
Saturday, April 2, 2011
meow meow
Ada sekeluarga kucing tinggal di belakang rumah aku...mak kucing, bapak kucing dan 3 ekor anak kucing..
Wednesday, March 2, 2011
3 Mac
Haha..esok tanggal 3.3.2011 ialah harijadi aku yg ke-29 tahun..rasa sayu je hati ni sbb umur dah makin bertambah..dah makin tua..bukannya makin muda..rasa sekejap sgt masa berlalu...kdg2 rasa mcm baru semalam je melangkah ke tadika...memandangkan aku pun bukannya jenis yg celebrate besday..atau tiup2 lilin ni..umur pun dah makin byk..so mood nak celebrate besday tu biasa-biasa aje la..tak rasa excited pn..tak expect untuk dpt banyak ucapan ataupun hadiah..sbb kalau dpt hadiah tu mmg aku rasa cam agak pelik la jugakkan..
Monday, February 28, 2011
Ada apa pada secangkir kenangan?
Tiada siapa yang dapat menafikan sebuah kenangan merupakan sebahagian daripada jalan cerita hidup manusia. Namun kenangan indah itulah yang akan sentiasa terpahat diingatan. 3 hari lagi aku akan genap 29 tahun. Apa yang telah ku lakukan selama hidup 29 tahun di muka bumi tuhan ini?..menoleh ke belakang. Melihat segenap suka duka kehidupan dan hari-hari yang telah ku lalui selama ini. Memori pahit silih berganti...cinta datang dan pergi..begitu juga rakan taulan yang muncul dan hilang..
Namun yang pastinya detik-detik itu tidak akan kembali lagi..yang ada cuma hari ini..usah terlalu mengenang kenangan yang telah pergi, kerana yang pastinya ia tidak akan kembali lagi...sebaliknya lalui lah hari ini dengan sebaik-baiknya...cipta la kenangan dan memori indah yang baru...agar memori-memori lama itu tidak akan sama sekali membuatkan kita berasa sedih atau sesal...
Kata seorang sahabat baik yang pernah sama-sama mengharungi suka dan duka bersama ku dahulu 'ko jangan hidup dalam kenangan, cipta la kenangan yang baru'...ya, aku setuju dengan kata-katanya itu. Yang ada cuma hari ini..maka silalah tutup jendela hari semalam..patah tumbuh hilang berganti..nikmatilah hari ini,hargai lah insan-insan yang menyayangi kita, kerana masa yang telah berlalu pergi itu tidak akan kembali lagi..nasihatku, jangan sesekali hanyut dibuai kenangan silam, sehingga kita mengabaikan keindahan hari ini..kerana yang rugi kelak adalah diri kita sendiri..
Subscribe to:
Posts (Atom)








