Friday, October 8, 2010

Tip Kewangan

  Bajet:
  Pastikan anda mempunyai bajet. Pelan bajet anda dengan cermat dan patuhi matlamat kewangan anda.
  Simpanan:
  Bayar diri anda dahulu! Setiap bulan, asingkan 10% daripada gaji bulanan untuk simpanan. Buka akaun baru dan pilih untuk tidak mengambil kemudahan kad ATM.
  Amalkan tabiat menabung sebagai budaya hidup: Mulakan simpanan anda HARI INI. Ketahui konsep faedah berganda (compound interest)
  Amalkan tabiat menabung sebagai budaya hidup: Sediakan simpanan kecemasan, sekurang-kurangnya 6 kali perbelanjaan bulanan anda.
  Amalkan tabiat menabung sebagai budaya hidup: Mempunyai simpanan untuk kehidupan selepas bersara. Dan yang paling penting - hidup mengikut kemampuan anda.
  Pinjaman & Kredit:
  Pinjaman & Kredit: Ketahui tujuan pinjaman dan kemampuan anda untuk membayar semula; dan, beri perhatian akan terma dan syarat pinjaman tersebut.
  Pinjaman & Kredit: Ketahui kadar faedah efektif pinjaman anda; dan, pastikan bayaran semula pinjaman tidak melebihi 40% daripada gaji bulanan.
  Pinjaman & Kredit: Pastikan anda membayar ansuran tepat pada masanya agar laporan kredit anda tidak terjejas; dan, JANGAN SESEKALI membuat pinjaman dari peminjam wang tanpa lesen.

Saturday, July 17, 2010

Julai


Cepat sungguh masa berlalu...dah bulan Julai pun..skang ni dah bulan Syaaban..tak sampai sebulan lagi, bulan Ramadhan akan menjelma...ermmm..

Minggu depan Minggu IT 2010..harap-harap semuanya akan berjalan lancar..lebih baik daripada tahun2 yang lepas..

Friday, April 16, 2010

BEGITU INDAH CERITA INI

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati atau kesihatan diri menurun . Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!”
terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Nak update blog ku semula

Dah lama aku x update blog ni..haha..sejak daripada bulan Ramadhan tahun lepas (2009)..sekarang dah masuk tahun 2010 pn. Tahun baru cerita pn baru. Terlalu banyak suka,duka, pahit dan manis.

Patah tumbuh hilang berganti. Yang pastinya takdir tuhan itu terlalu misteri. Tidak terjangkau oleh pemikiran kita.

Wednesday, September 16, 2009

Syukur..hadiah Ramadhan yg paling bermakna!

Syukur Alhamdulillah..tadi aku masuk board utk pengesahan jawatan..akhirnya setelah setahun 7 bulan berkhidmat di USM, aku telah pn disahkan jawatan..cuma belum dapat official letter lagi..masa masuk board tuh, rasa terharu plak bila dengar ucapan daripada panel-panel semua..iyerla, bukan senang nak confirm dalam masa setahun lebih..kalu kena tunggu 3 tahun mmg makan masa..pape pn, bagiku kerja itu adalah satu pengorbanan..kadang2 aku rasa malu pada diriku sendirik..sebab aku rasa kerja aku bukanlah perfect sgt pn..terlalu byk kelemahan..n aku taw aku ni jenis yg agak malas, dan suka kerja ikut mood jer...kalu aku rasa aku nak buat..aku buat, kalu malas aku tangguh...selalunya hari2 mcm tu la..entahlah, kdg2 rasa diri ni masih belum layak nak confirma awal2..pape pn aku bersyukur sebab bagi aku, ini adalah hadiah Ramadhan yang paling bermakna!

Tuesday, September 15, 2009

Buka puasa (bhg 2)

Semalam set-set PPKT berbuka puasa kat Restoran Chiang Mai anjuran vendor Arif Ladda Mass..ramai jugak staf yang x berminat nak pergi sbb cam xde standard bukak puasa kat Restoran Chiang Mai tuh..tapi time berbukak puasa kat situ mmg best dan sgt lawak la..dah la meja aku ni set2 technician yg paling riuh dan ntah pape..blom masuk bab 'darat' n jakun dorang lagi..tapi yg paling kelakar We la..ayat dia yg paling tak boleh belah 'eh udang aku! udang aku!'..dahla ckp sikit punya kuat sambil tangan mencapai udang dlm pinggan..adoi sakit perut gue..mmg macam2 karenah la dorang nih..

Pastuh hari ni, Mesiniaga plak anjurkan sesi berbuka puasa..tapi kat Hotel Renaissance..huhu..hok ni ramai plak staf yang berminat nak join..maklumlah dekat hotel 5 Star..tapi tadi aku bukak puasa kat hotel Renai ni rasa cam x best je..dahla mkn bufet..tensen btol nak beratur ramai2..suasana plak tak happening..sume org jadi ala-ala baik n sopan gitu..segan la nak buat perangai x senonoh depan set2 bos dan set Mesiniaga..

Sunday, September 13, 2009

Menunggu

Dalam perjalanan hidup ni, sedar atau tidak terlalu banyak masa yang kita habiskan hanya untuk 'Menunggu'..ya, hanya untuk menunggu..contohnya,menunggu bas, teksi,menunggu giliran di kaunter bayaran, menunggu sehingga mendapat pekerjaan yg baik dan sebagainya....

Kadang2 kita menunggu perkara yang kita pun tak pasti sebenarnya...x pasti samada berbaloikah kita terus menunggu dalam kesamaran....tanpa jemu terus menunggu...dan tanpa di sedari waktu pn terus berlalu..

Teringat cerita 'Thru Calling'..salah satu episod dalam siri itu membuatkan aku tersedar tentang hakikat masa yang telah terlalu banyak aku bazirkan..dalam episod itu menceritakan tentang seorang doktor yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung...Thru mempunyai kuasa ghaib untuk berkomunikasi dengan roh doktor tersebut selepas dia mati..doktor tu meminta pertolongan dengan Thru sebab sebelum dia mati masih banyak perkara yang dia masih belum sempat selesaikan..antaranya ialah menyelesaikan perselisihan paham selama bertahun-tahun antara dia dengan anak lelaki..anak doktor ini merupakan seorang pelukis..dia menyangka bapanya,iaitu doktor tersebut tidak menyanyangi dirinya kerana dia tidak mengikut jejak langkah bapanya menjadi doktor..tapi tanpa disedari oleh si anak, doktor ini sebenarnya sangat menyayangi anak lelakinya itu dan dia telah membeli lukisan anak lelaki nya dan membina sebuah galeri mini di rumahnya bagi menempatkan kesemua lukisan tersebut tanpa pengetahuan anak lelakinya itu..

Namun doktor tersebut tidak pernah berpeluang untuk menyatakan kasih sayangnya kepada anak lelaki nya itu...anak lelakinya menyangka bahawa bapanya sangat membenci dia, sehinggakan bapanya meninggal pn dia tetap membenci bapanya...Dalam kes ini, doktor tersebut menyangka dia punya banyak masa lagi di dunia ini untuk menjernihkan dan menyatakan kasih sayangnya pada anak lelakinya itu...namun kematiannya menyebabkan dia masih mempunyai 'unfinish business' dgn anak lelakinya..

Moral dalam cerita ini ialah...kita semua menyangka bahawa kita ini mempunyai masih banyak lagi masa di muka bumi Allah SWT ini..kita mempunyai banyak perkara yang perlu dan mesti kita selesaikan tetapi kita tidak melakukannya kerana kita sangka umur kita ini masih jauh perjalanannya...kita juga tidak pernah luahkan perasaan kasih dan sayang kita terhadap org2 yg kita sayangi..walapon kita sgt sayangkan mereka..kerana apa?..KERANA KITA FIKIR KITA MASIH PUNYA BANYAK MASA LAGI!

Dan kerana ini juga aku rasa aku sudah terlalu penat menunggu...menyatakan yg sebenarnya jauh lebih mudah daripada menyembunyikannya..kita selalu rasa kita ada byk masa, sebab tu kita enggan hendak memulakan sesuatu perkara,menyatakan rasa atau perasaan hati, menyatakan sayang dan cinta..sedangkan jikalau ditakdirkan esok lusa tiba-tiba Allah SWT mengambil nyawa kita, orang-orang yg kita sayang sama sekali tidak akan tahu betapa kita sgt menyayangi mereka!